Rekabentuk cipset sistem perhubungan telefon mudahalih GSM menggunakan VHDL

Loading...
Thumbnail Image
Date
2005-05
Authors
Rafidah Ahmad
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Sistem Global untuk Komunikasi Mudahalih (GSM) merupakan rangkaian komunikasi digital bersel yang digunakan oleh kebanyakan negara diseluruh dunia. Telefon mudahalih GSM mula digunakan pada tahun 1991 dan menggunakan pelbagai pengesan dan pembetul ralat dalam sistem perhubungan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan. Oleh itu, kajian telah dijalankan ke atas enam bahagian pengekod dan enam bahagian penyahkod dalam sistem perhubungan telefon mudahalih GSM bagi menghasilkan cipset dengan menggunakan Bahasa Perihalan Perkakasan Litar Bersepadu Berkelajuan Tinggi (VHDL). Sistem perhubungan ini penting bagi mengesan dan membetulkan ralat serta melindungi data suara semasa penghantaran dan penerimaan. Perisian Xilinx ISE 5.1 i bentuk VHDL digunakan sebagai peralatan utama dalam kajian ini kerana ia membolehkan setiap bahagian pengekod dan penyahkod dimodel, disintesis, disimulasi dan seterusnya dilaksana sebelum dimuat turun ke atas peranti Medan Boleh Aturcara Tatasusunan Get (FPGA) iaitu Spartan2E 2S300E-6PQ208. Tambahan pula, peranti FPGA ini berkemampuan untuk diprogram berulang kali menggunakan rekabentuk yang berlainan. Dalam kajian ini, keputusan simulasi bagi setiap bahagian pengekod dan penyahkod menunjukkan 260 sehingga 592 bit data suara diperolehi dalam lingkungan masa 20 ms bersesuaian dengan piawaian GSM. Keputusan muat turun juga didapati sarna dengan keputusan simulasi bagi setiap bahagian pengekod dan penyahkod. Setelah melalui proses muat turun, maka cipset-cipset sistem perhubungan telefon mudahalih GSM dapat dihasilkan.
Description
Keywords
Sistem perhubungan telefon mudahalih GSM menghasilkan cipset , dengan menggunakan Bahasa Perihalan Perkakasan Litar Bersepadu Berkelajuan Tinggi (VHDL).
Citation