Rekabentuk cipset sistem perhubungan telefon mudahalih GSM menggunakan VHDL

dc.contributor.authorRafidah Ahmad
dc.date.accessioned2016-11-17T01:23:34Z
dc.date.available2016-11-17T01:23:34Z
dc.date.issued2005-05
dc.description.abstractSistem Global untuk Komunikasi Mudahalih (GSM) merupakan rangkaian komunikasi digital bersel yang digunakan oleh kebanyakan negara diseluruh dunia. Telefon mudahalih GSM mula digunakan pada tahun 1991 dan menggunakan pelbagai pengesan dan pembetul ralat dalam sistem perhubungan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan. Oleh itu, kajian telah dijalankan ke atas enam bahagian pengekod dan enam bahagian penyahkod dalam sistem perhubungan telefon mudahalih GSM bagi menghasilkan cipset dengan menggunakan Bahasa Perihalan Perkakasan Litar Bersepadu Berkelajuan Tinggi (VHDL). Sistem perhubungan ini penting bagi mengesan dan membetulkan ralat serta melindungi data suara semasa penghantaran dan penerimaan. Perisian Xilinx ISE 5.1 i bentuk VHDL digunakan sebagai peralatan utama dalam kajian ini kerana ia membolehkan setiap bahagian pengekod dan penyahkod dimodel, disintesis, disimulasi dan seterusnya dilaksana sebelum dimuat turun ke atas peranti Medan Boleh Aturcara Tatasusunan Get (FPGA) iaitu Spartan2E 2S300E-6PQ208. Tambahan pula, peranti FPGA ini berkemampuan untuk diprogram berulang kali menggunakan rekabentuk yang berlainan. Dalam kajian ini, keputusan simulasi bagi setiap bahagian pengekod dan penyahkod menunjukkan 260 sehingga 592 bit data suara diperolehi dalam lingkungan masa 20 ms bersesuaian dengan piawaian GSM. Keputusan muat turun juga didapati sarna dengan keputusan simulasi bagi setiap bahagian pengekod dan penyahkod. Setelah melalui proses muat turun, maka cipset-cipset sistem perhubungan telefon mudahalih GSM dapat dihasilkan.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/3103
dc.subjectSistem perhubungan telefon mudahalih GSM menghasilkan cipseten_US
dc.subjectdengan menggunakan Bahasa Perihalan Perkakasan Litar Bersepadu Berkelajuan Tinggi (VHDL).en_US
dc.titleRekabentuk cipset sistem perhubungan telefon mudahalih GSM menggunakan VHDLen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: