Rantaian Dengan Firma Besar Dan Kesannya Kepada Pencapaian IKS : Kajian Kes Industri Pembuatan Di Pulau Pinang
Loading...
Date
2001-03
Authors
Halim, Mat Hashim
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Pertumbuhan dan peranan penting sektor perindustrian telah membawa kepada
pertumbuhan ekonomi yang pesat di Malaysia. Berdasarkan kepentingan ini, pelbagai
langkah dan dasar telah dirancang dan dibentuk sebagai usaha untuk menggiatkan lagi
perkembangan sektor perindustrian ini dengan melibatkan keseluruhan negeri. Kesan
. daripada perlaksanaan dasar-dasar pembangunan ini, struktur ekonomi di kebanyakan
negeri, khususnya Pulau Pinang telah beralih tumpuan daripada ekonomi berasaskan
pertanian kepada perindustrian. Selaras dengan penumpuan ini, usaha-usaha .galakan. ini
telah menarik kemasukan pelaburan asing yang melibatkan syarikat multinasional dalam
pelbagai bidang industri. Perkembangan ini secara tidak langsung telah mengalakkan
pertumbuhan industri kecil dan sederhana sebagai firma sokongan terhadap keperluan
barangan firma tersebut. Keperluan kepada IKS sebagai industri sokongan di kalangan
firma besar telah membawa kepada kewujudan rantaian di antara IKS dengan firmafirma
tersebut. Banyak kajian telah mendedahkan bahaw':l aspek rantaian· ini berper~an
penting dalam membangunkan sektor perindustrian malahan menyumbangkan kepada
pertumbuhan ekonomi. Selain daripada kepentingan ini, kewujudan IKS yang lebih
berintensifkan buruh turut menyumbang kepada kewujudan peluang-peluang pekerjaan,
di samping mewujudkan agihan pendapatan yang seimbang, menyumbang kepada
kemasukan tukaran asing, mekanisme penyaluran teknologi dari luar dan sebagainya.
Berdasarkan sumbangan ini dan selari dengan perkembangan perindustrian negara, IKS
bukan hanya berperanan sebagai industri sokongan malahan bertindak sebagai industri
pelengkap. Walau bagaimanapun, penelitian ke atas beberapa kajian yang telah
dijalankan mendapati kewujudan aspek ini di kalangan 11\.S masih lagi lemah. Biarpun
laspek ini diketahui berperanan. penting dalam membangunkan IKS, malahan pelbagai
t'dasar dan galakan telah dilaksanakan oleh kerajaan. namun hanya sebilangan kecil
daripada IKS yang mempunyai rantaian dengan firma besar. Berdasarkan kepentingan
dan perkembangan ini, kajian ini dijalankan bertujuan untuk menjelaskan lagi kedudukan
dan pengaruh kewujudan aspek rantaian ini ke atas pembangunan dan pencapaian IKS,khususnya di Pulau Pinang. Bagi mencapai matlamat ini, penelitian telah dilakukan ke
atas 120 IKS di sektor pembuatan di Pulau Pinang dan berdasarkan penelitian ini,
penemuan menunjukkan kewujudan aspek ini masih lagi lemah malahan hanya
merangkumi segelintir IKS yang di kaji. Kewujudan aspek rantaian ini di kalangan IKS
terbabit juga dilihat tidak begitu memberikan kesan yang positif kepada pencapaian dan
pembangunan individu IKS sebaliknya pencapaian IKS tanpa adanya rantaian dengan
firma besar adalah lebih baik.
Description
Keywords
IKS sebagai industri sokongan , di kalangan firma besar.