Rantaian Dengan Firma Besar Dan Kesannya Kepada Pencapaian IKS : Kajian Kes Industri Pembuatan Di Pulau Pinang

dc.contributor.authorHalim, Mat Hashim
dc.date.accessioned2017-09-28T06:50:48Z
dc.date.available2017-09-28T06:50:48Z
dc.date.issued2001-03
dc.description.abstractPertumbuhan dan peranan penting sektor perindustrian telah membawa kepada pertumbuhan ekonomi yang pesat di Malaysia. Berdasarkan kepentingan ini, pelbagai langkah dan dasar telah dirancang dan dibentuk sebagai usaha untuk menggiatkan lagi perkembangan sektor perindustrian ini dengan melibatkan keseluruhan negeri. Kesan . daripada perlaksanaan dasar-dasar pembangunan ini, struktur ekonomi di kebanyakan negeri, khususnya Pulau Pinang telah beralih tumpuan daripada ekonomi berasaskan pertanian kepada perindustrian. Selaras dengan penumpuan ini, usaha-usaha .galakan. ini telah menarik kemasukan pelaburan asing yang melibatkan syarikat multinasional dalam pelbagai bidang industri. Perkembangan ini secara tidak langsung telah mengalakkan pertumbuhan industri kecil dan sederhana sebagai firma sokongan terhadap keperluan barangan firma tersebut. Keperluan kepada IKS sebagai industri sokongan di kalangan firma besar telah membawa kepada kewujudan rantaian di antara IKS dengan firmafirma tersebut. Banyak kajian telah mendedahkan bahaw':l aspek rantaian· ini berper~an penting dalam membangunkan sektor perindustrian malahan menyumbangkan kepada pertumbuhan ekonomi. Selain daripada kepentingan ini, kewujudan IKS yang lebih berintensifkan buruh turut menyumbang kepada kewujudan peluang-peluang pekerjaan, di samping mewujudkan agihan pendapatan yang seimbang, menyumbang kepada kemasukan tukaran asing, mekanisme penyaluran teknologi dari luar dan sebagainya. Berdasarkan sumbangan ini dan selari dengan perkembangan perindustrian negara, IKS bukan hanya berperanan sebagai industri sokongan malahan bertindak sebagai industri pelengkap. Walau bagaimanapun, penelitian ke atas beberapa kajian yang telah dijalankan mendapati kewujudan aspek ini di kalangan 11\.S masih lagi lemah. Biarpun laspek ini diketahui berperanan. penting dalam membangunkan IKS, malahan pelbagai t'dasar dan galakan telah dilaksanakan oleh kerajaan. namun hanya sebilangan kecil daripada IKS yang mempunyai rantaian dengan firma besar. Berdasarkan kepentingan dan perkembangan ini, kajian ini dijalankan bertujuan untuk menjelaskan lagi kedudukan dan pengaruh kewujudan aspek rantaian ini ke atas pembangunan dan pencapaian IKS,khususnya di Pulau Pinang. Bagi mencapai matlamat ini, penelitian telah dilakukan ke atas 120 IKS di sektor pembuatan di Pulau Pinang dan berdasarkan penelitian ini, penemuan menunjukkan kewujudan aspek ini masih lagi lemah malahan hanya merangkumi segelintir IKS yang di kaji. Kewujudan aspek rantaian ini di kalangan IKS terbabit juga dilihat tidak begitu memberikan kesan yang positif kepada pencapaian dan pembangunan individu IKS sebaliknya pencapaian IKS tanpa adanya rantaian dengan firma besar adalah lebih baik.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/4734
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectIKS sebagai industri sokonganen_US
dc.subjectdi kalangan firma besar.en_US
dc.titleRantaian Dengan Firma Besar Dan Kesannya Kepada Pencapaian IKS : Kajian Kes Industri Pembuatan Di Pulau Pinangen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: