Karya kreatif : kajian terhadap sensitiviti dan kreativiti pengarang dalam proses penciptaan
Loading...
Date
1999-01
Authors
Rahimah A. Hamid
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Proses penciptaan karya kreatif seseorang pengarang adalah suatu perkara
yang luar biasa dan unik, sehingga sukar diperjelaskan baik oleh penyelidik-penyelidik
i1mu kesusasteraan, mahupun oleh pengarang-pengarang yang mencipta karya kreatif
itu sendiri. Justeru kerana itu, manusia yang berkebolehan dan berkeupayaan
mencipta karya kreatif ini dianggap sebagai insan istimewa. Maka kajian terhadap
faktor-faktor asas yang menjadi punca manusia pengarang mencipta sesebuah
karya kreatif dan proses-proses yang dilalui olehnya telah menarik minat pengkajipengkaji
sejak zaman Yunani lagi. Kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji sebabsebab
yang merangsang dan membolehkan pengarang mencipta karya kreatifnya,
tetapi dalam skop yang lebih khusus iaitu tentang sensitiviti dan kreativiti pengarang
yang dianggap berpunca dari situasi psikologi-estetiknya.
Psikologi dan estetik merupakan dua disiplin i1mu yang berbeza, tetapi keduaduanya
digunakan untuk hal yang sama iaitu untuk mengungkapkan rasa dalaman
seseorang setelah tertarik kepada sesuatu yang menyentuh kepekaan
pancainderanya. Kesimpulan yang diperolehi setelah menggabungkan kedua-dua
disiplin tersebut sebagai 'psikologi-estetik' didapati berupaya menyingkap dan
menjelaskan aspek-aspek penting dari sudut psikologi dan estetik (jiwa dan rasa) yang
menyebabkan, mendorong dan memangkinkan diri seseorang pengarang untuk
mencipta sesebuah karya kreatif. Korelasi antara bahan-bah an yang ditanggap dan
dicerap oleh alat-alat pancaindera pengarang dengan sistem saraf tubuhnya telah
membangkitkan unsur-unsur kejiwaan yang unik dalam psikologi-estetiknya. Lantas, ia
mencetuskan daya sensitiviti dan daya kreativiti dalam psikologi-estetik pengarang
tersebut, iaitu suatu keupayaan yang luar biasa yang membolehkannya mendapat
idea pertama (first insight) dan juga idea untuk mencorakkan bentuk dan isi bagi
sesebuah karya kreatif yang ingin dicipta olehnya. Sensitiviti dan kreativiti yang tajam
membantu pengarang mengekspresikan sesuatu bahan dengan cara yang
mengesankan.
Karakteristik psikologi-estetik manusia pengarang dianggap berpunca daripada
pelbagai instinct yang datang dari luar dan dalam dirinya. Instinct dari dalam dirinya
yang personal atau disebut sebagai berpunca dari citraan dalaman dirinya akan
mempamerkan pengarang sebagai makhluk individual dan makhluk berketuhanan.
Manakala instinct yang datang dari faktor-faktor situasional di luar diri pengarang
seperti alam fizikal dan manusia di persekitarannya akan meletakkan pengarang
sebagai makhluk berlingkungan fizikal dan makhluk sosial. Pertembungan dan
percampuran antara kedua-dua instinct itu akan membentuk karakteristiknya sebagai
manusia pengarang, malah turut membangkitkan sensitiviti dan kreativitinya untuk
mencipta karya kreatif.
Proses penciptaan karya kreatif pengarang secara teorinya akan melalui lima
fasa gerak kerja iaitu fasa sensitiviti dan cerapan, fasa perencanaan dan persediaan,
fasa pemendapan, fasa penulisan, serta fasa penyemakan dan pengeditan. Kekuatan
sensitiviti dan kreativiti pengarang teruji dalam setiap fasa tersebut kerana pelbagai
cabaran, pengalaman dan halangan terpaksa ditempuhnya, sebelum sesebuah karya
itu dapat disiapkan. Pada dasarnya, pengarang didapati berkarya kerana mahu
meluahkan rasa senang dan tidak senangnya terhadap sesuatu perkara atau peristiwa
yang dirasai dan dialami oleh psikologi-estetiknya. Oleh itu, kajian ini dianggap dapat
membantu menjelaskan lagi tentang dunia penciptaan karya kreatif manusia
pengarang yang dianggap unik dan luar biasa itu.
Description
Keywords
Proses penciptaan karya kreatif seseorang pengarang adalah , suatu perkara yang luar biasa dan unik