Karya kreatif : kajian terhadap sensitiviti dan kreativiti pengarang dalam proses penciptaan
dc.contributor.author | Rahimah A. Hamid | |
dc.date.accessioned | 2016-11-17T01:47:51Z | |
dc.date.available | 2016-11-17T01:47:51Z | |
dc.date.issued | 1999-01 | |
dc.description.abstract | Proses penciptaan karya kreatif seseorang pengarang adalah suatu perkara yang luar biasa dan unik, sehingga sukar diperjelaskan baik oleh penyelidik-penyelidik i1mu kesusasteraan, mahupun oleh pengarang-pengarang yang mencipta karya kreatif itu sendiri. Justeru kerana itu, manusia yang berkebolehan dan berkeupayaan mencipta karya kreatif ini dianggap sebagai insan istimewa. Maka kajian terhadap faktor-faktor asas yang menjadi punca manusia pengarang mencipta sesebuah karya kreatif dan proses-proses yang dilalui olehnya telah menarik minat pengkajipengkaji sejak zaman Yunani lagi. Kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji sebabsebab yang merangsang dan membolehkan pengarang mencipta karya kreatifnya, tetapi dalam skop yang lebih khusus iaitu tentang sensitiviti dan kreativiti pengarang yang dianggap berpunca dari situasi psikologi-estetiknya. Psikologi dan estetik merupakan dua disiplin i1mu yang berbeza, tetapi keduaduanya digunakan untuk hal yang sama iaitu untuk mengungkapkan rasa dalaman seseorang setelah tertarik kepada sesuatu yang menyentuh kepekaan pancainderanya. Kesimpulan yang diperolehi setelah menggabungkan kedua-dua disiplin tersebut sebagai 'psikologi-estetik' didapati berupaya menyingkap dan menjelaskan aspek-aspek penting dari sudut psikologi dan estetik (jiwa dan rasa) yang menyebabkan, mendorong dan memangkinkan diri seseorang pengarang untuk mencipta sesebuah karya kreatif. Korelasi antara bahan-bah an yang ditanggap dan dicerap oleh alat-alat pancaindera pengarang dengan sistem saraf tubuhnya telah membangkitkan unsur-unsur kejiwaan yang unik dalam psikologi-estetiknya. Lantas, ia mencetuskan daya sensitiviti dan daya kreativiti dalam psikologi-estetik pengarang tersebut, iaitu suatu keupayaan yang luar biasa yang membolehkannya mendapat idea pertama (first insight) dan juga idea untuk mencorakkan bentuk dan isi bagi sesebuah karya kreatif yang ingin dicipta olehnya. Sensitiviti dan kreativiti yang tajam membantu pengarang mengekspresikan sesuatu bahan dengan cara yang mengesankan. Karakteristik psikologi-estetik manusia pengarang dianggap berpunca daripada pelbagai instinct yang datang dari luar dan dalam dirinya. Instinct dari dalam dirinya yang personal atau disebut sebagai berpunca dari citraan dalaman dirinya akan mempamerkan pengarang sebagai makhluk individual dan makhluk berketuhanan. Manakala instinct yang datang dari faktor-faktor situasional di luar diri pengarang seperti alam fizikal dan manusia di persekitarannya akan meletakkan pengarang sebagai makhluk berlingkungan fizikal dan makhluk sosial. Pertembungan dan percampuran antara kedua-dua instinct itu akan membentuk karakteristiknya sebagai manusia pengarang, malah turut membangkitkan sensitiviti dan kreativitinya untuk mencipta karya kreatif. Proses penciptaan karya kreatif pengarang secara teorinya akan melalui lima fasa gerak kerja iaitu fasa sensitiviti dan cerapan, fasa perencanaan dan persediaan, fasa pemendapan, fasa penulisan, serta fasa penyemakan dan pengeditan. Kekuatan sensitiviti dan kreativiti pengarang teruji dalam setiap fasa tersebut kerana pelbagai cabaran, pengalaman dan halangan terpaksa ditempuhnya, sebelum sesebuah karya itu dapat disiapkan. Pada dasarnya, pengarang didapati berkarya kerana mahu meluahkan rasa senang dan tidak senangnya terhadap sesuatu perkara atau peristiwa yang dirasai dan dialami oleh psikologi-estetiknya. Oleh itu, kajian ini dianggap dapat membantu menjelaskan lagi tentang dunia penciptaan karya kreatif manusia pengarang yang dianggap unik dan luar biasa itu. | en_US |
dc.identifier.uri | http://hdl.handle.net/123456789/3106 | |
dc.subject | Proses penciptaan karya kreatif seseorang pengarang adalah | en_US |
dc.subject | suatu perkara yang luar biasa dan unik | en_US |
dc.title | Karya kreatif : kajian terhadap sensitiviti dan kreativiti pengarang dalam proses penciptaan | en_US |
dc.type | Thesis | en_US |
Files
License bundle
1 - 1 of 1
Loading...
- Name:
- license.txt
- Size:
- 1.71 KB
- Format:
- Item-specific license agreed upon to submission
- Description: