Strategic Ambidexterity As The Core Strategy To Enhance Internationalization Performance Of Herbal-Based SMEs In Malaysia
Loading...
Date
2015-02
Authors
Mashahadi, Faizah
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Kajian ini meneliti kepentingan strategik ambideksteriti dalam konteks perusahaan kecil dan sederhana berasaskan produk herba (PKSH) di Malaysia yang telah menembusi pasaran antarabangsa dan bagaimana strategik ambideksteriti boleh meningkatkan prestasi pengantarabangsaan daripada perspektif keupayaan dinamik. Kajian ini turut menyiasat faktor yang mempengaruhi strategik ambideksteriti, iaitu orientasi keusahawanan antarabangsa, modal insan dan orientasi pasaran di kalangan usahawan. Di samping itu, kajian meneliti bagaimana rangkaian perhubungan berfungsi sebagai moderator di antara strategik ambideksteriti dan prestasi pengantarabangsaan. Data dikumpulkan daripada 103 PKSH melalui kaji selidik yang dibina berdasarkan tinjauan literature dan telah dipra-uji oleh pengusaha PKSH dan ahli akademik. Data dianalisa menggunakan Partial-Least Square-Structural Equation Modeling menggunakan perisisian SmartPLS. Dapatan kajian menunjukkan strategik ambideksteriti dari segi inovasi bukan teknologi ambideksteriti memberi impak positif ke atas prestasi pengantarabangsaan PKSH (prestasi bukan kewangan). Bagi hubungan antara orientasi keusahawanan antarabangsa dan strategik ambideksteriti, sikap proaktif memberi kesan penting yang positif ke atas innovasi teknologi ambideksteriti khususnya, manakala innovasi and proaktif memberi kesan positif ke atas innovasi bukan teknologi ambideksteriti. Modal insan, khususnya dari segi modal insan memberi kesan positif ke atas pembentukan innovasi teknologi ambideksteriti dan innovasi bukan teknologi ambidekteriti. Kajian ini juga mendapati orientasi pasaran dari segi orientasi pelanggan merupakan faktor penting ke atas innovasi teknologi ambideksteriti. Di
xvii
samping itu, orientasi pelanggan dan membina nilai pelanggan memberi impak kepada innovasi bukan teknologi ambideksteriti. Sumbangan terhadap teori dan praktikal hasil penyelidikan ini juga dihuraikan. Kelemahan dalam kajian ini juga dibincangkan dan cadangan untuk kajian akan datang dijelaskan.
Description
Keywords
Ambidexterity , Herbal-Based SMEs In Malaysia