Penentu-Penentu Penggunaan Makanaan Isi Rumah Miskin Luar Bandar Di Kecamatan Bontoa, Kabupaten Maros Sulawesi Selatan Indonesia

Loading...
Thumbnail Image
Date
2017-07
Authors
., Andi Tenri Fitriyah
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Kualiti sumber manusia berkait rapat dengan faktor makanan dan pengambilan pemakanan. Kecukupan makanan bergantung kepada kuantiti, kualiti dan kepelbagaian makanan yang disediakan dan yang dimakan. Isu ini selaras dengan dasar pemerintah Indonesia, yang ingin membangunkan sistem kecukupan makanan yang berasaskan kepelbagaian sumber bahan makanan. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktorfaktor sosial dan ekonomi yang mempengaruhi penggunaan makanan isi rumah miskin luar bandar. Seramai 200 orang responden kajian telah dipilih secara persampelan bertujuan di Kecamatan Bontoa Kabupaten Maros Sulawesi Selatan, Indonesia. Kaedah penyelidikan dalam kajian ini menggunakan kaedah temu bual dan soal selidik. Temu bual melibatkan 20 orang dan soal selidik memperoleh 200 responden. Dapatan kajian mendapati faktor-faktor yang menentukan penggunaan makanan ialah pendidikan ketua isi rumah, pendidikan ibu isi rumah, pendapatan perkapita isi rumah, harga beras, pengetahuan pemakanan (Gizi), akses terhadap maklumat dan akses terhadap peluang pekerjaan. Dapatan kajian juga mendapati penggunaan protein isi rumah miskin di daerah kajian adalah rendah (59.96 gram/orang/hari) dibandingkan dengan standard kecukupan protein yang disyorkan (63.7 gram/orang/hari). Tahap penggunaan tenaga juga rendah (2,018.91 kkal/orang/hari) dari pada ukuran kecukupan tenaga yang standard, iaitu 2.200 kkal/orang/ hari.
Description
Keywords
Makanaan isi rumah miskin luar bandar , Kabupaten Maros Sulawesi Selatan Indonesia
Citation