Aplikasi Kaedah Penaakulan Mantik Dalam Penyelidikan Berkaitan Islam
Loading...
Date
2014-07
Authors
Hassan, Shahir Akram
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Menurut tasawur dan epistemologi Islam, umat Islam wajib beriman kepada perkaraperkara
yang zahir dan ghaib. Persoalannya, dalam menjalankan penyelidikan
berkaitan Islam, kaedah penaakulan apakah yang digunakan untuk menanggapi
perkara-perkara zahir dan ghaib ini? Penaakulan di sini bermaksud peralihan
pemikiran melalui beberapa pernyataan yang diandai benar sehinggalah terbentuk
satu pernyataan. Berdasarkan persoalan tersebut, tesis ini bertujuan untuk meneliti
kaedah penaakulan mantik untuk diaplikasi dalam penyelidikan berkaitan Islam.
Kajian ini mempunyai tiga objektif utama. Pertama, mengenal pasti kaedah
penaakulan dalam ilmu mantik. Kedua, menganalisis aplikasi penggunaan kaedah
penaakulan mantik sebagai kaedah penaakulan dalam penyelidikan berkaitan Islam.
Ketiga, merumuskan kaedah penaakulan mantik untuk diaplikasikan dalam
penyelidikan berkaitan Islam. Bagi mencapai ketiga-tiga objektif tersebut, kajian
kualitatif ini mengguna pakai kaedah perpustakaan bagi memperoleh data sekunder
berhubung kaedah penaakulan mantik menerusi penelitian terhadap karya-karya ilmu
mantik. Kemudian, kaedah penaakulan mantik dianalisis sebagai kaedah penaakulan
dalam penyelidikan berkaitan Islam menggunakan analisis tekstual dan kaedah
perbezaan. Kajian ini mendapati sekurang-kurangnya terdapat lapan kaedah
penaakulan dalam ilmu mantik. Lapan kaedah tersebut ialah pertama, kaedah
pengenalan ilmu. Kedua, tiga peringkat kaedah penaakulan. Ketiga, kaedah
menggambarkan sesuatu melalui ’alfaz, mafahum dan masadaq. Keempat, kaedah
mendapatkan gambaran menyeluruh melalui nisbah. Kelima, kaedah pendefinisian
menurut ilmu mantik. Keenam, kaedah membina kenyataan dan proposisi yang benar
melalui tasdiq. Ketujuh, kaedah menilai kenyataan dan proposisi yang benar atau
salah melalui taqabal dan ‘akas. Kelapan, kaedah yaqin, zann, shakk dan batil
sebagai kaedah mengukur dalam penyelidikan dan ilmu Islam.
Description
Keywords
Kaedah penaakulan mantik , dalam penyelidikan berkaitan Islam