Aplikasi Kaedah Penaakulan Mantik Dalam Penyelidikan Berkaitan Islam
dc.contributor.author | Hassan, Shahir Akram | |
dc.date.accessioned | 2017-11-08T01:53:59Z | |
dc.date.available | 2017-11-08T01:53:59Z | |
dc.date.issued | 2014-07 | |
dc.description.abstract | Menurut tasawur dan epistemologi Islam, umat Islam wajib beriman kepada perkaraperkara yang zahir dan ghaib. Persoalannya, dalam menjalankan penyelidikan berkaitan Islam, kaedah penaakulan apakah yang digunakan untuk menanggapi perkara-perkara zahir dan ghaib ini? Penaakulan di sini bermaksud peralihan pemikiran melalui beberapa pernyataan yang diandai benar sehinggalah terbentuk satu pernyataan. Berdasarkan persoalan tersebut, tesis ini bertujuan untuk meneliti kaedah penaakulan mantik untuk diaplikasi dalam penyelidikan berkaitan Islam. Kajian ini mempunyai tiga objektif utama. Pertama, mengenal pasti kaedah penaakulan dalam ilmu mantik. Kedua, menganalisis aplikasi penggunaan kaedah penaakulan mantik sebagai kaedah penaakulan dalam penyelidikan berkaitan Islam. Ketiga, merumuskan kaedah penaakulan mantik untuk diaplikasikan dalam penyelidikan berkaitan Islam. Bagi mencapai ketiga-tiga objektif tersebut, kajian kualitatif ini mengguna pakai kaedah perpustakaan bagi memperoleh data sekunder berhubung kaedah penaakulan mantik menerusi penelitian terhadap karya-karya ilmu mantik. Kemudian, kaedah penaakulan mantik dianalisis sebagai kaedah penaakulan dalam penyelidikan berkaitan Islam menggunakan analisis tekstual dan kaedah perbezaan. Kajian ini mendapati sekurang-kurangnya terdapat lapan kaedah penaakulan dalam ilmu mantik. Lapan kaedah tersebut ialah pertama, kaedah pengenalan ilmu. Kedua, tiga peringkat kaedah penaakulan. Ketiga, kaedah menggambarkan sesuatu melalui ’alfaz, mafahum dan masadaq. Keempat, kaedah mendapatkan gambaran menyeluruh melalui nisbah. Kelima, kaedah pendefinisian menurut ilmu mantik. Keenam, kaedah membina kenyataan dan proposisi yang benar melalui tasdiq. Ketujuh, kaedah menilai kenyataan dan proposisi yang benar atau salah melalui taqabal dan ‘akas. Kelapan, kaedah yaqin, zann, shakk dan batil sebagai kaedah mengukur dalam penyelidikan dan ilmu Islam. | en_US |
dc.identifier.uri | http://hdl.handle.net/123456789/5251 | |
dc.language.iso | en | en_US |
dc.publisher | Universiti Sains Malaysia | en_US |
dc.subject | Kaedah penaakulan mantik | en_US |
dc.subject | dalam penyelidikan berkaitan Islam | en_US |
dc.title | Aplikasi Kaedah Penaakulan Mantik Dalam Penyelidikan Berkaitan Islam | en_US |
dc.type | Thesis | en_US |
Files
License bundle
1 - 1 of 1
Loading...
- Name:
- license.txt
- Size:
- 1.71 KB
- Format:
- Item-specific license agreed upon to submission
- Description: