Perawatan air buangan industri yang mengandungi agen antistatik dan bercod tinggi menggunakan kaedah kimia
Loading...
Date
2001-04
Authors
Haji Othman, Mohd. Rafidi
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Keperluan oksigen kimia (COD) air buangan merupakan suatu masalah besar
bagi kebanyakan industri pembuatan. Kajian awal mendapati COD air buangan yang
diperolehi daripada industri sekitar Bayan Lepas terlalu tinggi iaitu melebihi 10,000
mg'L. Kehadiran bahan kimia CYASTAT 609 yang mengandungi sebatian ammonium
kuartener dan isopropanol dipercayai sebagai punca kepada bacaan nilai COD yang
tinggi ini. Kaedah perawatan secara kimia telah diselidiki dalam usaha untuk
menurunkan nilai COD serta parameter-parameter lain kepada paras yang dibenarkan
menurut Akta Kualiti Alam Sekeliling. 1974, Peraturan-Peraturan Kualiti AI am
Sekeliling (Kumbahan dan Efluen-Efluen Perindustrian) 1979 sebelum dilepaskan ke
persekitaran. Kaedah pemendakan fosfat merupakan salah satu kaedah yang dikaji di
mana bagi setiap 50 mL Iarutan piawai CY AST AT 609 yang berCOD 7660 mgIL,
didapati 0.5 g natrium heksametafosfat pada pH 4 boIeh menurunkan bacaan COD
kepada 750 mgIL setelah digoncang selama 6 jam dengan kadar goncangan 300 rpm
(penurunan COD sebanyak 90%). Manakala bagi sampel air buangan industri pula pada
pH dan berat natrium heksametafosfat yang sarna, bacaan COD dapat diturunkan
daripada 13080 mgIL kepada 1308 mgIL setelah digoncang selama 12 jam (penurunan
sebanyak 90%). Tempoh goncangan optimum bagi sampel air buangan industri adalah
lebih panjang disebabkan kemungkinan ganggunan bendasing. Kaedah perawatan
menggunakan agen pengoksida juga turut diselidiki dimana natrium hipoklorit dan
natrium meta-periodat telah digunakan. 8agi setiap 50 mL sampel air buangan industri
(berCOD 10460 mgIL), 16 mL 20% natrium meta-periodat pada pH 4 boleh menurunkan
COD kepada 0 mgIL. Manakala 16 mL 12% natrum hipoklorit pada pH 5 pula dapat
menurunkan COD kepada 785 mg/L. Sungguhpun natrium meta-periodat memberikan
keputusan yang lebih memuaskan berbanding natrium hipoklorit, tetapi penggunaannya
tidak begitu ekonomikal disebabkan kosnya yang terlalu mahal. Oleh yang dernikia
kajian perawat1l1 kombinasi te]ah turut dikaji di mana dalam kajian ini di mana eflue
daripada perawatan peringkat pertama dengan natrium heksametafosfat (kaedal
pemendakan fosfat) telah dirawat seterusnya menggunakan kaedah kimia yang tail
seperti penggunaan agen pengoksida misalnya natrium hipoklorit. Hasilnya mendapat
bacaan COD seterusnya dapat diturunkan sehingga 453 mgIL (penurunan nilai COr::
keseluruhan sebanyak 96.5%). Kajian perawatan peringkat kedua menggunakan karbol1
teraktif granul (GAC) dalam turus pula mampu menurunkan bacaan COD sehingga di
bawah 100 mg/L di ·mana efluen larutan piawai telah mencatit penurunan keseluruhan
sebanyak 99.6% dan efluen sam pel air buangan pula sebanyak 99.7%. Penggunaan (lAC
secanf kelompok pula dalam perawatan 50 mL efluen larutan piawai Cyastat 609
menghasilkan penurunan keseluruhan bacaan COD sebanyak 98.9% (daripada 7660
mg/L) bagi setiap 3 g GAC yang digunakan.
Description
Keywords
Keperluan oksigen kimia (COD) air buangan merupakan suatu , masalah besar bagi kebanyakan industri pembuatan.