Perawatan air buangan industri yang mengandungi agen antistatik dan bercod tinggi menggunakan kaedah kimia

dc.contributor.authorHaji Othman, Mohd. Rafidi
dc.date.accessioned2016-11-08T06:21:15Z
dc.date.available2016-11-08T06:21:15Z
dc.date.issued2001-04
dc.description.abstractKeperluan oksigen kimia (COD) air buangan merupakan suatu masalah besar bagi kebanyakan industri pembuatan. Kajian awal mendapati COD air buangan yang diperolehi daripada industri sekitar Bayan Lepas terlalu tinggi iaitu melebihi 10,000 mg'L. Kehadiran bahan kimia CYASTAT 609 yang mengandungi sebatian ammonium kuartener dan isopropanol dipercayai sebagai punca kepada bacaan nilai COD yang tinggi ini. Kaedah perawatan secara kimia telah diselidiki dalam usaha untuk menurunkan nilai COD serta parameter-parameter lain kepada paras yang dibenarkan menurut Akta Kualiti Alam Sekeliling. 1974, Peraturan-Peraturan Kualiti AI am Sekeliling (Kumbahan dan Efluen-Efluen Perindustrian) 1979 sebelum dilepaskan ke persekitaran. Kaedah pemendakan fosfat merupakan salah satu kaedah yang dikaji di mana bagi setiap 50 mL Iarutan piawai CY AST AT 609 yang berCOD 7660 mgIL, didapati 0.5 g natrium heksametafosfat pada pH 4 boIeh menurunkan bacaan COD kepada 750 mgIL setelah digoncang selama 6 jam dengan kadar goncangan 300 rpm (penurunan COD sebanyak 90%). Manakala bagi sampel air buangan industri pula pada pH dan berat natrium heksametafosfat yang sarna, bacaan COD dapat diturunkan daripada 13080 mgIL kepada 1308 mgIL setelah digoncang selama 12 jam (penurunan sebanyak 90%). Tempoh goncangan optimum bagi sampel air buangan industri adalah lebih panjang disebabkan kemungkinan ganggunan bendasing. Kaedah perawatan menggunakan agen pengoksida juga turut diselidiki dimana natrium hipoklorit dan natrium meta-periodat telah digunakan. 8agi setiap 50 mL sampel air buangan industri (berCOD 10460 mgIL), 16 mL 20% natrium meta-periodat pada pH 4 boleh menurunkan COD kepada 0 mgIL. Manakala 16 mL 12% natrum hipoklorit pada pH 5 pula dapat menurunkan COD kepada 785 mg/L. Sungguhpun natrium meta-periodat memberikan keputusan yang lebih memuaskan berbanding natrium hipoklorit, tetapi penggunaannya tidak begitu ekonomikal disebabkan kosnya yang terlalu mahal. Oleh yang dernikia kajian perawat1l1 kombinasi te]ah turut dikaji di mana dalam kajian ini di mana eflue daripada perawatan peringkat pertama dengan natrium heksametafosfat (kaedal pemendakan fosfat) telah dirawat seterusnya menggunakan kaedah kimia yang tail seperti penggunaan agen pengoksida misalnya natrium hipoklorit. Hasilnya mendapat bacaan COD seterusnya dapat diturunkan sehingga 453 mgIL (penurunan nilai COr:: keseluruhan sebanyak 96.5%). Kajian perawatan peringkat kedua menggunakan karbol1 teraktif granul (GAC) dalam turus pula mampu menurunkan bacaan COD sehingga di bawah 100 mg/L di ·mana efluen larutan piawai telah mencatit penurunan keseluruhan sebanyak 99.6% dan efluen sam pel air buangan pula sebanyak 99.7%. Penggunaan (lAC secanf kelompok pula dalam perawatan 50 mL efluen larutan piawai Cyastat 609 menghasilkan penurunan keseluruhan bacaan COD sebanyak 98.9% (daripada 7660 mg/L) bagi setiap 3 g GAC yang digunakan.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/3021
dc.subjectKeperluan oksigen kimia (COD) air buangan merupakan suatuen_US
dc.subjectmasalah besar bagi kebanyakan industri pembuatan.en_US
dc.titlePerawatan air buangan industri yang mengandungi agen antistatik dan bercod tinggi menggunakan kaedah kimiaen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: