Peranan perhubungan awam dalam program perhubungan komuniti : kajian kes di Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC)
dc.contributor.author | Hassan, Wazharatul Fajariyyah | |
dc.date.accessioned | 2017-09-12T04:40:42Z | |
dc.date.available | 2017-09-12T04:40:42Z | |
dc.date.issued | 2004-01 | |
dc.description.abstract | Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti peranan perhubungan awam di Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dalam program perhubungan komuniti. Tinjauan dijalankan melalui temubual bersemuka dengan pengamal perhubungan awam PDC dan wakil penduduk. Tinjauan soal selidik kendali sendiri melalui pos pula dijalankan dengan penduduk di kawasan Bandar Bayan Baru untuk melihat maklum balas penduduk terhadap program perhubungan komuniti PDC. Model yang digunakan dalam kajian ini ialah_Model Sistem Terbuka Perhubungan Awam yang diasaskan daripada Model Perhubungan Awam Simetrik Dua Hala oleh Grunig. Hasil dari kajian ini mendapati bahawa peranan perhubungan awam dapat memelihara hubungan dua hala di antara organisasi dengan komuniti setempat. Pelbagai strategi dan taktik komunikasi dalam amalan perhubungan awam telah dilaksanakan oleh Unit Hal Ehwal Awam PDC sebagai usaha untuk mendekati dan membina hubungan yang baik dengan komuniti setempat. Pada asasnya, program-program perhubungan komuniti mempunyai matlamat untuk kebajikan, kepentingan awam dan faedah bersama di antara PDC dengan khalayak sasarannya iaitu komuniti PDC. Terdapat program-program yang mencapai kejayaan sebagaimana yang diharapkan, malah ada juga yang sebaliknya. Berdasarkan tinjauan yang dijalankan, didapati bahawa sejak beberapa tahun kebelakangan ini, PDC dan komuniti setempat mempunyai hubungan yang tidak begitu rapat. Sebahagian besar penduduk di Bandar Bayan Baru mempunyai pandangan dan tanggapan positif terhadap PDC melalui perlaksanaan program perhubungan komuniti. Namun terdapat juga penduduk yang mempunyai pandangan dan tanggapan yang negatif tetapi secara umumnya, penduduk di kawasan Bandar Bayan Baru mempunyai persepsi yang positif terhadap PDC. Melalui kajian ini, didapati bahawa pengamal perhubungan awam PDC perlu mengatur dan melaksanakan program-program perhubungan komuniti dengan mengambil kira keperluan dan kepentingan penduduk. Usaha-usaha ini bagi menarik semula sokongan penduduk setempat yang dilihat semakin berkurangan. Ini adalah kerana, satu daripada tujuan utama fungsi perhubungan awam ialah membantu organisasi membangun dan mengekalkan persekitaran sosial yang membolehkan organisasi tersebut berkembang maju dan menghasilkan kejayaan yang terbaik. | en_US |
dc.identifier.uri | http://hdl.handle.net/123456789/4613 | |
dc.language.iso | other | en_US |
dc.publisher | Universiti Sains Malaysia | en_US |
dc.subject | Perhubungan awam | en_US |
dc.title | Peranan perhubungan awam dalam program perhubungan komuniti : kajian kes di Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) | en_US |
dc.type | Thesis | en_US |
Files
License bundle
1 - 1 of 1
Loading...
- Name:
- license.txt
- Size:
- 1.71 KB
- Format:
- Item-specific license agreed upon to submission
- Description: