Komposit Poliester Tak Tepu Dipenguat Gentian Kenaf Dan Nano Zarah (Montmorilonit)
Loading...
Date
2010-11
Authors
Ismail, Nor Azlina
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Usaha untuk memperbaiki sifat-sifat komposit termoset terisi pengisi lignoselulosik
telah dilakukan dalam kajian ini dengan menambah pengisi nano montmorillonite
(MMT-UTR) tidak terawat dan terawat. MMT-UTR telah diubahsuai dengan
menggunakan setil trimetil ammonium bromida (CTAB) dan malik anhidrida
(MAH). Pertambahan pengisi kenaf telah menambah baik sifat-sifat komposit yang
dihasilkan. Peningkatan yang optimum telah dicapai sehingga pada penambahan
50% pengisi kenaf. Analisis gravimetri terma menunjukkan bahawa sifat-sifat terma
komposit terisi MMT telah meningkat berbanding polimer tulen.
Dalam kajian ini teknik penekanan tanpa mengenakan haba telah digunakan untuk
proses pematangan. Ujian tensil, lenturan hentaman dan juga kestabilan dimensi
telah dilakukan untuk mengkaji kesan penambahan pengisi kenaf dan pengisi MMTUTR,
MMT-CTAB serta MMT-MAH ke dalam komposit yang telah dihasilkan.
Berdasarkan permerhatian yang telah dilakukan, keputusan komposit terisi pengisi
kenaf tanpa pengisi MMT telah menunjukkan peningkatan dengan pertambahan
pengisi kenaf. Keputusan terus mengalami peningkatan setelah penambahan MMTUTR
dilakukan ke dalam komposit. Penambahan MMT-UTR telah menunjukkan
kesan peningkatan yang ketara terhadap sifat-sifat mekanik komposit poliester tak
tepu. Seterusnya penambahan MMT-CTAB dan MMT-MAH dilakukan terhadap
komposit poliester tak tepu, dan sifat-sifat mekanik telah mengalami peningkatan
juga. Daripada keputusan yang diperoleh MMT-MAH telah menunjukkan sifat-sifat
yang lebih baik berbanding MMT-UTR dan MMT-CTAB. Ujian kestabilan dimensi
pula menunjukkan kadar penyerapan air meningkat dengan pertambahan pengisi
kenaf dan terus meningkat setelah penambahan MMT-UTR dilakukan ke dalam
komposit poliester tak tepu tetapi setelah MMT-CTAB dan MMT-MAH dilakukan
ke dalam kadar penyerapan air menurun.
Description
Keywords
Komposit poliester tak tepu dipenguat gentian kenaf , dan nano zarah montmorilonit