Komposit Poliester Tak Tepu Dipenguat Gentian Kenaf Dan Nano Zarah (Montmorilonit)
dc.contributor.author | Ismail, Nor Azlina | |
dc.date.accessioned | 2018-08-30T01:18:18Z | |
dc.date.available | 2018-08-30T01:18:18Z | |
dc.date.issued | 2010-11 | |
dc.description.abstract | Usaha untuk memperbaiki sifat-sifat komposit termoset terisi pengisi lignoselulosik telah dilakukan dalam kajian ini dengan menambah pengisi nano montmorillonite (MMT-UTR) tidak terawat dan terawat. MMT-UTR telah diubahsuai dengan menggunakan setil trimetil ammonium bromida (CTAB) dan malik anhidrida (MAH). Pertambahan pengisi kenaf telah menambah baik sifat-sifat komposit yang dihasilkan. Peningkatan yang optimum telah dicapai sehingga pada penambahan 50% pengisi kenaf. Analisis gravimetri terma menunjukkan bahawa sifat-sifat terma komposit terisi MMT telah meningkat berbanding polimer tulen. Dalam kajian ini teknik penekanan tanpa mengenakan haba telah digunakan untuk proses pematangan. Ujian tensil, lenturan hentaman dan juga kestabilan dimensi telah dilakukan untuk mengkaji kesan penambahan pengisi kenaf dan pengisi MMTUTR, MMT-CTAB serta MMT-MAH ke dalam komposit yang telah dihasilkan. Berdasarkan permerhatian yang telah dilakukan, keputusan komposit terisi pengisi kenaf tanpa pengisi MMT telah menunjukkan peningkatan dengan pertambahan pengisi kenaf. Keputusan terus mengalami peningkatan setelah penambahan MMTUTR dilakukan ke dalam komposit. Penambahan MMT-UTR telah menunjukkan kesan peningkatan yang ketara terhadap sifat-sifat mekanik komposit poliester tak tepu. Seterusnya penambahan MMT-CTAB dan MMT-MAH dilakukan terhadap komposit poliester tak tepu, dan sifat-sifat mekanik telah mengalami peningkatan juga. Daripada keputusan yang diperoleh MMT-MAH telah menunjukkan sifat-sifat yang lebih baik berbanding MMT-UTR dan MMT-CTAB. Ujian kestabilan dimensi pula menunjukkan kadar penyerapan air meningkat dengan pertambahan pengisi kenaf dan terus meningkat setelah penambahan MMT-UTR dilakukan ke dalam komposit poliester tak tepu tetapi setelah MMT-CTAB dan MMT-MAH dilakukan ke dalam kadar penyerapan air menurun. | en_US |
dc.identifier.uri | http://hdl.handle.net/123456789/6471 | |
dc.publisher | Universiti Sains Malaysia | en_US |
dc.subject | Komposit poliester tak tepu dipenguat gentian kenaf | en_US |
dc.subject | dan nano zarah montmorilonit | en_US |
dc.title | Komposit Poliester Tak Tepu Dipenguat Gentian Kenaf Dan Nano Zarah (Montmorilonit) | en_US |
dc.type | Thesis | en_US |
Files
License bundle
1 - 1 of 1
Loading...
- Name:
- license.txt
- Size:
- 1.71 KB
- Format:
- Item-specific license agreed upon to submission
- Description: