Pembangunan Model Pemikiran Kritis Remaja Muslim Untuk Kurikulum Pendidikan Islam
dc.contributor.author | Yahya, Rizaman | |
dc.date.accessioned | 2022-05-24T07:28:02Z | |
dc.date.available | 2022-05-24T07:28:02Z | |
dc.date.issued | 2021-03 | |
dc.description.abstract | Kajian ini bertujuan untuk membangunkan Model Pemikiran Kritis Remaja Muslim Berasaskan Kurikulum Pendidikan Islam. Metodologi kajian ini menggunakan kajian Reka Bentuk Dan Pembangunan atau Design And Development Research (DDR), Richey dan Klien (2007). Kajian ini melibatkan tiga fasa utama iaitu i) fasa analisis keperluan, ii) fasa reka bentuk dan pembangunan iii) fasa penilaian. Model kurikulum Tyler (1949), pandangan pemikiran Ibn Khaldun (1332- 1406) dan pandangan pembangunan modal insan Al-Ghazali (1058-1111) telah dijadikan sebagai asas utama tunjang kajian. Objektif fasa pertama atau fasa analisis keperluan dijalankan bagi mengenal pasti keperluan pembangunan model pemikiran kritis remaja Muslim berasaskan kurikulum Pendidikan Islam melalui persepsi pengguna. Justeru, kajian tinjauan diaplikasikan dengan satu set soal selidik diedarkan kepada 370 orang guru Pendidikan Islam di seluruh Malaysia. Data dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package For The Social Science (SPSS) versi 21 merujuk kepada data situasi masa kini dan jangkaan masa depan dengan menggunakan statistik deskriptif. Fasa kedua merupakan fasa reka bentuk dan pembangunan dengan tumpuan kajian keseluruhannya menjurus terhadap keputusan pakar. Bagi mendapatkan data, kaedah temu bual dijalankan ke atas lima orang pakar dalam bidang pemikiran kritis dan dianalisis dengan menggunakan Perisian Qualitative Data Analysis ALTAS ti versi 8 bagi melabelkan kod dan tema. Selain itu, Nominal Group Technique (NGT) dan Interpretive Structural Modeling (ISM) juga diaplikasikan dengan melibatkan seramai sembilan orang pakar dalam membangunkan model. Fasa ketiga atau fasa penilaian dijalankan bagi menilai kebolehgunaan model berdasarkan kesepakatan pakar. Kaedah Fuzzy Delphi Method (FDM) dipilih bagi mendapatkan ketepatan nilai threshod ādā dan nilai defuzzification melalui 30 orang pakar. Penilaian kebolehgunaan model dijalankan melibatkan empat bahagian yang dinilai dengan menggunakan 7 skala likert. Dapatan fasa pertama mendapati wujudnya keperluan yang tinggi berdasarkan interpretasi skor min merujuk kepada situasi masa kini berbanding jangkaan masa depan iaitu dengan min sebanyak 3.77 berbanding 4.43. Merujuk dapatan fasa kedua, sebanyak 26 elemen telah dapat dihasilkan berdasarkan konsensus yang diberikan oleh pakar. Sekali gus model dapat diklasifikasikan kepada empat kluster iaitu independent, dependent, linkage dan autonomous. Dapatan fasa penilaian mendapati nilai konstruk threshold ādā masing-masing memperoleh 0.128, 0.119 dan 0.129 manakala nilai defuzzification pula mencapai sebanyak 98%, 99% dan 98%. Keseluruhan dapatan merupakan satu sumbangan terhadap remaja Muslim agar dapat membuat keputusan yang lebih terarah dalam menjalani kehidupan seharian. Selain itu, implikasi kajian ini juga merupakan satu sumbangan yang bermakna terhadap Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM dalam usaha memantapkan kemahiran pemikiran kritis dan juga mata pelajaran Pendidikan Islam. Oleh itu, penguasaan terhadap pemikiran kritis dapat menjadikan seseorang individu bersikap lebih matang dalam menghadapi sebarang situasi berdasarkan cara berfikir dan cara bertindak. | en_US |
dc.identifier.uri | http://hdl.handle.net/123456789/15291 | |
dc.language.iso | other | en_US |
dc.publisher | Universiti Sains Malaysia | en_US |
dc.subject | Education | en_US |
dc.subject | Islam | en_US |
dc.title | Pembangunan Model Pemikiran Kritis Remaja Muslim Untuk Kurikulum Pendidikan Islam | en_US |
dc.type | Thesis | en_US |
Files
License bundle
1 - 1 of 1
Loading...
- Name:
- license.txt
- Size:
- 1.71 KB
- Format:
- Item-specific license agreed upon to submission
- Description: