Terjemahan Bahasa Inggeris Kepada Bahasa Mandarin Tentang Wanita Dalam Berita Bernama: Satu Kajian Kepadanan Leksikal, Pengaruh Konvensi Pemberitaan Dan Mesej (Makna)
Loading...
Date
2011-01
Authors
Lee, Bee Yeow
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Tesis ini mengkaji mesej terjemahan berita dalam talian yang mengandungi item leksikal
yang mempunyai elemen gender, persembahan penulisan berita dan penstrukturan mesej
berita yang mempengaruhi arah pemberitaan. Pendekatan analisis yang digunakan terdiri
daripada pendekatan media, pendekatan bahasa media, pendekatan penulisan berita,
pendekatan gender dan pendekatan penterjemahan. Analisis memusatkan kepada
penggunaan item leksikal yang mempunyai elemen gender dalam teks selari dua bahasa,
iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Mandarin. Sampel kajian ini terdiri daripada 30 berita
dalam talian oleh BERNAMA.com pada 2008 yang berkaitan dengan isu wanita. Analisis
deskriptif dilakukan bagi ketiga-tiga kategori analisis, iaitu item leksikal yang mempunyai
elemen gender, skima berita dan arah pemberitaan. Ketiga-tiga kategori analisis ini dikaji
dari segi kesan mesej yang dihasilkan daripada pendekatan terjemahan yang digunakan dan
peletakan maklumat berita.
Dapatan kajian menunjukkan terdapat pelaporan yang berat sebelah terhadap berita yang
mengandungi item leksikal berkaitan dengan wanita. Keadaan yang sama juga berlaku
dalam terjemahan yang dihasilkan. Padanan item leksikal yang mempunyai elemen gender
yang tidak sepadan dan strategi penterjemahan yang digunakan dalam teks selari dua (TS2)
memberi impak terhadap mesej berita, dan kebanyakannya impak negatif dan mengalami
kehilangan makna TS1. Namun, kebanyakan item leksikal yang mempunyai elemen gender
diterjemahkan mengikut makna perkataan asal, namun begitu, makna asal perkataan itu
sendiri sebenarnya telah membawa makna yang berat sebelah. Tinjauan pendapat pembaca
yang dilakukan untuk mengesan berat sebelah penggunaan item leksikal yang mempunyai
elemen gender menunjukkan pembaca sedar akan penggunaan item leksikal yang
mempunyai elemen gender, terutamnya kata ganti nama diri orang ketiga dalam TS2.
Tinjauan pendapat pembaca turut menunjukkan kekeliruan wujud dengan percampuran
penggunaan 他 ta (he) dan 她 ta (she) untuk merujuk wanita, walaupun kebanyakan pembaca
berpendapat 他 ta adalah neutral dengan penggunaannya yang boleh digunakan untuk
merujuk makna maskulin dan feminin. Analisis dan tinjauan pendapat pembaca telah
menunjukkan keadaan berat sebelah penggunaan item leksikal yang mempunyai elemen
gender ini merupakan amalan yang dikekalkan sejak dahulu lagi dan penerimaan
penggunaan sebegini walaupun telah berubah tetapi masih dalam keadaan yang kurang peka.
Description
Keywords
Terjemahan bahasa inggeris kepada bahasa mandarin , tentang wanita alam berita bernama