Terjemahan Bahasa Inggeris Kepada Bahasa Mandarin Tentang Wanita Dalam Berita Bernama: Satu Kajian Kepadanan Leksikal, Pengaruh Konvensi Pemberitaan Dan Mesej (Makna)

dc.contributor.authorLee, Bee Yeow
dc.date.accessioned2018-07-03T07:15:09Z
dc.date.available2018-07-03T07:15:09Z
dc.date.issued2011-01
dc.description.abstractTesis ini mengkaji mesej terjemahan berita dalam talian yang mengandungi item leksikal yang mempunyai elemen gender, persembahan penulisan berita dan penstrukturan mesej berita yang mempengaruhi arah pemberitaan. Pendekatan analisis yang digunakan terdiri daripada pendekatan media, pendekatan bahasa media, pendekatan penulisan berita, pendekatan gender dan pendekatan penterjemahan. Analisis memusatkan kepada penggunaan item leksikal yang mempunyai elemen gender dalam teks selari dua bahasa, iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Mandarin. Sampel kajian ini terdiri daripada 30 berita dalam talian oleh BERNAMA.com pada 2008 yang berkaitan dengan isu wanita. Analisis deskriptif dilakukan bagi ketiga-tiga kategori analisis, iaitu item leksikal yang mempunyai elemen gender, skima berita dan arah pemberitaan. Ketiga-tiga kategori analisis ini dikaji dari segi kesan mesej yang dihasilkan daripada pendekatan terjemahan yang digunakan dan peletakan maklumat berita. Dapatan kajian menunjukkan terdapat pelaporan yang berat sebelah terhadap berita yang mengandungi item leksikal berkaitan dengan wanita. Keadaan yang sama juga berlaku dalam terjemahan yang dihasilkan. Padanan item leksikal yang mempunyai elemen gender yang tidak sepadan dan strategi penterjemahan yang digunakan dalam teks selari dua (TS2) memberi impak terhadap mesej berita, dan kebanyakannya impak negatif dan mengalami kehilangan makna TS1. Namun, kebanyakan item leksikal yang mempunyai elemen gender diterjemahkan mengikut makna perkataan asal, namun begitu, makna asal perkataan itu sendiri sebenarnya telah membawa makna yang berat sebelah. Tinjauan pendapat pembaca yang dilakukan untuk mengesan berat sebelah penggunaan item leksikal yang mempunyai elemen gender menunjukkan pembaca sedar akan penggunaan item leksikal yang mempunyai elemen gender, terutamnya kata ganti nama diri orang ketiga dalam TS2. Tinjauan pendapat pembaca turut menunjukkan kekeliruan wujud dengan percampuran penggunaan 他 ta (he) dan 她 ta (she) untuk merujuk wanita, walaupun kebanyakan pembaca berpendapat 他 ta adalah neutral dengan penggunaannya yang boleh digunakan untuk merujuk makna maskulin dan feminin. Analisis dan tinjauan pendapat pembaca telah menunjukkan keadaan berat sebelah penggunaan item leksikal yang mempunyai elemen gender ini merupakan amalan yang dikekalkan sejak dahulu lagi dan penerimaan penggunaan sebegini walaupun telah berubah tetapi masih dalam keadaan yang kurang peka.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/5850
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectTerjemahan bahasa inggeris kepada bahasa mandarinen_US
dc.subjecttentang wanita alam berita bernamaen_US
dc.titleTerjemahan Bahasa Inggeris Kepada Bahasa Mandarin Tentang Wanita Dalam Berita Bernama: Satu Kajian Kepadanan Leksikal, Pengaruh Konvensi Pemberitaan Dan Mesej (Makna)en_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: