Pemaparan akhbar berlainan bahasa di Malaysia tentang kejadian demonstrasi gerakan reformasi Malaysia pada 1998
Loading...
Date
2002
Authors
Ng, Miew Luan
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Kajian ini berdasarkan andaian bahawa media memainkan peranan yang penting dalam
sesuatu konflik politik yang dialami oleh sesebuah masyarakat, lebih-lebih lagi apabila
media berkenaan mempunyai hubungan rapat dengan Negara (State).
Konflik politik Malaysia tercetus padaakhir tahun 1998 setelah Perdana Menteri" .4!'
Dr. Mahathir Mohamad memecat Anwar Ibrahim dari jawatan Timbalan Perdana Menteri
dan Menteri Kewangan serta sebagai Timbalan Presiden UMNO. Pemecatan ini seterusnya
mencetuskan satu gerakan Reformasi oleh para penyokong Anwar Ibrahim bagi
menyuarakan perasaan tidak puas hati terhadap episod pemecatan ini. Satu siri demonstrasi
jalanan telah berlaku ekoran daripada gerakan Reform~si yang dilancarkan itu.
Sebagai satu fenomena yang boleh dikatakan menggoncang negara, demonstrasi
jalanan ini sudah tentunya menarik perhatian rakyat dan juga media massa, khususnya
media arus perdana. Pemaparan media, khususny"~ dua buah akhbar utama berlainan bahasa
di Malaysia, iaitu akhbar harian berbahasa Melayu Utusan Malaysia (UM) dan akhbar
harian berbahasa Mandarin Sin Chew Jit Poh (SelP), terhadap peristiwa demonstrasi
menjadi fokus kajian ini kerana pemaparan ini dapat membantu kita memahami bagaimana
dan mengapa sesuatu konflik dipaparka.n sedemikian rupa.
Elemen ideologi dan faktor hubungan kuasa yang mempengaruhi proses
penghasilan berita di sebalik pemaparan demonstrasi gerakan Refonnasi Malaysia akan
dikupas melalui dua kaedah penelitian, iaitu analisis kandungan dan analisis .y,acana kritis.
Dengan kata lain, kajian ini ialah satu usaha menggabungkan kajian media dengan kajian
linguistik.
Kajian ini cuba menjawab persoalan-persoalan seperti (1) sejauh manakah demonstrasi
semasa gerakan Refonnasi Malaysia dipaparkan sebagai satu aktiviti yang sah dalam
sebuah negara yang mengamalkan. demokrasi seperti Malaysia; (2) adakah media
khususnya akhbar, memainkan peranan dalam membantu mengatast' krisis hegemoni
pemerintah seperti kejadian demonstrasi dalam konteks gerakan Refonnasi Malaysia; (3)
dalam memaparkan berita demonstrasi gerakan Reformasi Malaysia, apakah
kecenderungan UM dan SelP dari segi keadilan dalam pemberitaan dan (4) bagaimanakah
bahasa digunakan dalam UM dan SelP bagi memaparkan kejadian demonstrasi.
HasH penganalisisan data yang berdasarkan kae<1ah analisis kandungan dan analisis
wacana kritis dalam kajian ini menunjukkan bahawa demonstrasi gerakan Reformasi
Malaysia dipaparkan sccara negatif olehUM dan SClP. Dernonstrasi juga dipaparkan
sebagai aktiviti yang tidak sab di Malaysia. Walau bagaimanapun, pemaparan oleh SCJP
adalah lebih adil jika dibandingkan dengan UM. Media, khususnya akhbar Malaysia
didapati cenderung digunakan untukmengatasi krisis hegemoni pemerintah. Dalam hal ini
pemerintah cuba memperoleh konsensus masyarakat umum bagi menentang demonstrasi
gerakan Reformasi Malaysia~ khususnya rnenerusi penggunaan bahasa dalam media.
Description
Keywords
Media memainkan peranan yang penting dalam sesuatu konflik politik , yang dialami oleh sesebuah masyarakat