Pemaparan akhbar berlainan bahasa di Malaysia tentang kejadian demonstrasi gerakan reformasi Malaysia pada 1998

dc.contributor.authorNg, Miew Luan
dc.date.accessioned2016-11-11T00:48:52Z
dc.date.available2016-11-11T00:48:52Z
dc.date.issued2002
dc.description.abstractKajian ini berdasarkan andaian bahawa media memainkan peranan yang penting dalam sesuatu konflik politik yang dialami oleh sesebuah masyarakat, lebih-lebih lagi apabila media berkenaan mempunyai hubungan rapat dengan Negara (State). Konflik politik Malaysia tercetus padaakhir tahun 1998 setelah Perdana Menteri" .4!' Dr. Mahathir Mohamad memecat Anwar Ibrahim dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan serta sebagai Timbalan Presiden UMNO. Pemecatan ini seterusnya mencetuskan satu gerakan Reformasi oleh para penyokong Anwar Ibrahim bagi menyuarakan perasaan tidak puas hati terhadap episod pemecatan ini. Satu siri demonstrasi jalanan telah berlaku ekoran daripada gerakan Reform~si yang dilancarkan itu. Sebagai satu fenomena yang boleh dikatakan menggoncang negara, demonstrasi jalanan ini sudah tentunya menarik perhatian rakyat dan juga media massa, khususnya media arus perdana. Pemaparan media, khususny"~ dua buah akhbar utama berlainan bahasa di Malaysia, iaitu akhbar harian berbahasa Melayu Utusan Malaysia (UM) dan akhbar harian berbahasa Mandarin Sin Chew Jit Poh (SelP), terhadap peristiwa demonstrasi menjadi fokus kajian ini kerana pemaparan ini dapat membantu kita memahami bagaimana dan mengapa sesuatu konflik dipaparka.n sedemikian rupa. Elemen ideologi dan faktor hubungan kuasa yang mempengaruhi proses penghasilan berita di sebalik pemaparan demonstrasi gerakan Refonnasi Malaysia akan dikupas melalui dua kaedah penelitian, iaitu analisis kandungan dan analisis .y,acana kritis. Dengan kata lain, kajian ini ialah satu usaha menggabungkan kajian media dengan kajian linguistik. Kajian ini cuba menjawab persoalan-persoalan seperti (1) sejauh manakah demonstrasi semasa gerakan Refonnasi Malaysia dipaparkan sebagai satu aktiviti yang sah dalam sebuah negara yang mengamalkan. demokrasi seperti Malaysia; (2) adakah media khususnya akhbar, memainkan peranan dalam membantu mengatast' krisis hegemoni pemerintah seperti kejadian demonstrasi dalam konteks gerakan Refonnasi Malaysia; (3) dalam memaparkan berita demonstrasi gerakan Reformasi Malaysia, apakah kecenderungan UM dan SelP dari segi keadilan dalam pemberitaan dan (4) bagaimanakah bahasa digunakan dalam UM dan SelP bagi memaparkan kejadian demonstrasi. HasH penganalisisan data yang berdasarkan kae<1ah analisis kandungan dan analisis wacana kritis dalam kajian ini menunjukkan bahawa demonstrasi gerakan Reformasi Malaysia dipaparkan sccara negatif olehUM dan SClP. Dernonstrasi juga dipaparkan sebagai aktiviti yang tidak sab di Malaysia. Walau bagaimanapun, pemaparan oleh SCJP adalah lebih adil jika dibandingkan dengan UM. Media, khususnya akhbar Malaysia didapati cenderung digunakan untukmengatasi krisis hegemoni pemerintah. Dalam hal ini pemerintah cuba memperoleh konsensus masyarakat umum bagi menentang demonstrasi gerakan Reformasi Malaysia~ khususnya rnenerusi penggunaan bahasa dalam media.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/3045
dc.subjectMedia memainkan peranan yang penting dalam sesuatu konflik politiken_US
dc.subjectyang dialami oleh sesebuah masyarakaten_US
dc.titlePemaparan akhbar berlainan bahasa di Malaysia tentang kejadian demonstrasi gerakan reformasi Malaysia pada 1998en_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: