Liputan Jenayah Rasuah Dalam Akhbar Tempatan: Satu Kajian Kes

Loading...
Thumbnail Image
Date
2005-12
Authors
ARBAK, ARNIE ASLINDA
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
J enayah rasuah merupakan satu masalah ''universal'', bukan sahaja dihadapi oleh negara-negara membangun seperti Malaysia, tetapi juga negara-negara maju di seluruh dunia. Keadaan ini dapat dilihat dengan jelas berdasarkan liputan meluas tentang jenayah rasuah yang dilaporkan oleh akhbar yang dikaji. Sebagai media cetak utama, akhbar memainkan peranan penting dalam menyebarkan berita dan laporan terkini kepada masyarakat. Pelbagai maklumat dan topik perbincangan dapat diketahui oleh masyarakat melalui akhbar, antaranya ialah liputan tentang jenayah. Di samping liputan tentang jenayah pembunuhan, samun, rompakan, rogol, ragut dan beberapa jenayah ganas yang lain, akhbar juga telah menjadi salah satu media massa penting yang melaporkan jenayah rasuah di kalangan masyarakat. Analisis kandungan akhbar telah dijalankan untuk melihat bentuk pelaporan jenayah rasuah dalam akhbar Utusan Malaysia termasuk Mingguan Malaysia dari 1 Mei 2004 hingga 30 April 2005. Selain itu, temubual bersemuka juga telah dijalankan dengan Pengarang Kumpulan Utusan untuk mendapatkan penjelasan lanjut tentang pelaporan jenayah rasuah secara lebih terperinci. Daripada 364 sampel kajian, basil kajian menunjukkan terdapat 275 item liputan jenayah rasuah dilaporkan oleb akhbar Utusan Malaysia termasuk Mingguan Malaysia dari 1 Mei 2004 bingga 30 April 2005. Sepanjang tempob kajian, dapatan kajian menunjukkan bahawa akhbar Utusan MalaySia termasuk Mingguan Malaysia memberi liputan yang banyak terhadap liputan jenayah rasuah jika dibandingkan dengan liputan terbadap jenayah bunub, jenayah rogol, jenayah ragut, jenayah samun, jenayah rompakan, jenayah curi, jenayah pecah rumah dan jenayab-jenayah lain.
Description
Keywords
Liputan Jenayah Rasuah Dalam Akhbar Tempatan , Satu Kajian Kes
Citation