Liputan Jenayah Rasuah Dalam Akhbar Tempatan: Satu Kajian Kes

dc.contributor.authorARBAK, ARNIE ASLINDA
dc.date.accessioned2016-08-02T01:20:19Z
dc.date.available2016-08-02T01:20:19Z
dc.date.issued2005-12
dc.description.abstractJ enayah rasuah merupakan satu masalah ''universal'', bukan sahaja dihadapi oleh negara-negara membangun seperti Malaysia, tetapi juga negara-negara maju di seluruh dunia. Keadaan ini dapat dilihat dengan jelas berdasarkan liputan meluas tentang jenayah rasuah yang dilaporkan oleh akhbar yang dikaji. Sebagai media cetak utama, akhbar memainkan peranan penting dalam menyebarkan berita dan laporan terkini kepada masyarakat. Pelbagai maklumat dan topik perbincangan dapat diketahui oleh masyarakat melalui akhbar, antaranya ialah liputan tentang jenayah. Di samping liputan tentang jenayah pembunuhan, samun, rompakan, rogol, ragut dan beberapa jenayah ganas yang lain, akhbar juga telah menjadi salah satu media massa penting yang melaporkan jenayah rasuah di kalangan masyarakat. Analisis kandungan akhbar telah dijalankan untuk melihat bentuk pelaporan jenayah rasuah dalam akhbar Utusan Malaysia termasuk Mingguan Malaysia dari 1 Mei 2004 hingga 30 April 2005. Selain itu, temubual bersemuka juga telah dijalankan dengan Pengarang Kumpulan Utusan untuk mendapatkan penjelasan lanjut tentang pelaporan jenayah rasuah secara lebih terperinci. Daripada 364 sampel kajian, basil kajian menunjukkan terdapat 275 item liputan jenayah rasuah dilaporkan oleb akhbar Utusan Malaysia termasuk Mingguan Malaysia dari 1 Mei 2004 bingga 30 April 2005. Sepanjang tempob kajian, dapatan kajian menunjukkan bahawa akhbar Utusan MalaySia termasuk Mingguan Malaysia memberi liputan yang banyak terhadap liputan jenayah rasuah jika dibandingkan dengan liputan terbadap jenayah bunub, jenayah rogol, jenayah ragut, jenayah samun, jenayah rompakan, jenayah curi, jenayah pecah rumah dan jenayab-jenayah lain.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/2320
dc.subjectLiputan Jenayah Rasuah Dalam Akhbar Tempatanen_US
dc.subjectSatu Kajian Kesen_US
dc.titleLiputan Jenayah Rasuah Dalam Akhbar Tempatan: Satu Kajian Kesen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: