Ketersampaian Ruangan Penduduk Rumah Panjang Kepada Kemudahan Kesihatan Awam Di Kapit, Sarawak
Loading...
Date
2017-04
Authors
Kho, Ing Ing
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Komuniti yang tinggal di kawasan luar bandar dikategorikan sebagai komuniti yang mempunyai status kesihatan yang buruk dan menghadapi lebih banyak halangan untuk mencapai perkhidmatan kesihatan berbanding dengan mereka yang tinggal di bandar. Dengan perkataan lain, ketersampaian dan perkhidmatan kemudahan kesihatan yang bersesuaian, terutamanya untuk mereka yang tinggal di kawasan luar bandar merupakan isu yang memerlukan perhatian yang berterusan. Kajian ini dijalankan bertujuan menilai ketersampaian penduduk terhadap kemudahan kesihatan awam yang sedia ada. Kajian ketersampaian ini telah dijalankan terhadap 290 buah rumah panjang kaum Iban dan 11 buah klinik kesihatan di daerah Kapit, Sarawak. Metodologi E2SFCA digunakan untuk menilai tahap ketersampaian penduduk rumah panjang terhadap kemudahan kesihatan awam. Hasil keputusan ketersampaian menunjukkan lebih banyak rumah panjang mempunyai ketersampaian yang rendah daripada ketersampaian yang tinggi terhadap penawaran perkhidmatan kesihatan awam yang sedia ada. Dalam pada itu, terdapat 83 buah rumah panjang tidak dapat sampai ke klinik kesihatan dalam masa 60 minit. Oleh sebab itu, metodologi location-allocation dalam analisis rangkaian ArcGIS 10.1 diaplikasikan untuk menentukan lokasi-lokasi baru yang sesuai untuk menyediakan perkhidmatan klinik kesihatan bergerak. Analisis location-allocation telah menentukan 17 lokasi minimum diperlukan untuk penyediaan perkhidmatan klinik kesihatan bergerak dari lokasi pilihan yang diberikan.
Description
Keywords
Ketersampaian penduduk terhadap kemudahan kesihatan awam , terhadap 290 buah rumah panjang kaum Iban