Ketersampaian Ruangan Penduduk Rumah Panjang Kepada Kemudahan Kesihatan Awam Di Kapit, Sarawak

dc.contributor.authorKho, Ing Ing
dc.date.accessioned2018-02-08T01:37:32Z
dc.date.available2018-02-08T01:37:32Z
dc.date.issued2017-04
dc.description.abstractKomuniti yang tinggal di kawasan luar bandar dikategorikan sebagai komuniti yang mempunyai status kesihatan yang buruk dan menghadapi lebih banyak halangan untuk mencapai perkhidmatan kesihatan berbanding dengan mereka yang tinggal di bandar. Dengan perkataan lain, ketersampaian dan perkhidmatan kemudahan kesihatan yang bersesuaian, terutamanya untuk mereka yang tinggal di kawasan luar bandar merupakan isu yang memerlukan perhatian yang berterusan. Kajian ini dijalankan bertujuan menilai ketersampaian penduduk terhadap kemudahan kesihatan awam yang sedia ada. Kajian ketersampaian ini telah dijalankan terhadap 290 buah rumah panjang kaum Iban dan 11 buah klinik kesihatan di daerah Kapit, Sarawak. Metodologi E2SFCA digunakan untuk menilai tahap ketersampaian penduduk rumah panjang terhadap kemudahan kesihatan awam. Hasil keputusan ketersampaian menunjukkan lebih banyak rumah panjang mempunyai ketersampaian yang rendah daripada ketersampaian yang tinggi terhadap penawaran perkhidmatan kesihatan awam yang sedia ada. Dalam pada itu, terdapat 83 buah rumah panjang tidak dapat sampai ke klinik kesihatan dalam masa 60 minit. Oleh sebab itu, metodologi location-allocation dalam analisis rangkaian ArcGIS 10.1 diaplikasikan untuk menentukan lokasi-lokasi baru yang sesuai untuk menyediakan perkhidmatan klinik kesihatan bergerak. Analisis location-allocation telah menentukan 17 lokasi minimum diperlukan untuk penyediaan perkhidmatan klinik kesihatan bergerak dari lokasi pilihan yang diberikan.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/5496
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectKetersampaian penduduk terhadap kemudahan kesihatan awamen_US
dc.subjectterhadap 290 buah rumah panjang kaum Ibanen_US
dc.titleKetersampaian Ruangan Penduduk Rumah Panjang Kepada Kemudahan Kesihatan Awam Di Kapit, Sarawaken_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: