Pembiayaan Mikro Dalam Kalangan Usahawan Asnaf Di Lembaga Zakat Selangor (LZS)
Loading...
Date
2018-05
Authors
Ibrahim, Muhammad Anas
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis pembiayaan mikro dalam kalangan
usahawan asnaf di Lembaga Zakat Selangor. Pertumbuhan usahawan asnaf semakin
memberangsangkan namun kesukaran mendapatkan pembiayaan modal tambahan
daripada institusi kewangan di Malaysia merupakan kekangan bagi mereka. Pembiayaan
konvensional yang sedia ada berunsurkan ribaserta dikenakan cagaran atau jaminan.
Oleh itu, kajian ini mempunyai tiga objektif. Pertama, mengenal pasti pandangan
cendekiawan zakat Malaysia terhadap pembiayaan mikro dalam kalangan usahawan
asnaf di Lembaga Zakat Selangor (LZS). Kedua, menganalisis kesediaan usahawan
asnaf dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) terhadap agihan zakat dalam bentuk
pembiayaan mikro. Ketiga, merumuskan mekanisme pelaksanaan pembiayaan mikro
kepada usahawan asnaf di Lembaga Zakat Selangor (LZS). Bagi mencapai objektif
tersebut, reka bentuk kajian ini adalah kajian kes. Kajian ini menggunakan dua data iaitu
data sekunder dan data primer. Data sekunder diperoleh daripada kajian perpustakaan.
Data primer pula diperoleh melalui temu bual mendalam di lapangan dengan
menggunakan teknik pensampelan bertujuan. Seramai 35 responden temu bual terlibat
yang terdiri daripada tokoh agama, ahli akademik, pengamal zakat dan usahawan asnaf.
Data tersebut dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Dapatan kajian
mempamerkan yang pertama, pembiayaan mikro daripada dana zakat adalah
berdasarkan nas al-Qur’an, Hadith dan ahtar. Pembiayaan mikro adalah harus mengikut
kepada masalahah dan kaedah fiqh. Kedua, kajian mendapati Lembaga Zakat Selangor
dan usahawan asnaf mempunyai kesediaan dalam pembiayaan mikro daripada dana
zakat, pengurusan dan tenaga kerja. Ketiga, dapatan kajian mempamerkan mekanisme
pelaksanaan pembiayaan mikro daripada dana zakat, pengurusan dan sumber manusia.
Hasil kajian ini memberikan dua implikasi utama. Pertama, penekanan terhadap
pembiayaan mikro yang bebas daripada unsur riba kepada usahawan asnaf. Kedua, pihak
kerajaan mampu membasmi kemiskinan dalam kalangan masyarakat dengan
mewujudkan pembiayaan mikro daripada dana zakat.
Description
Keywords
Pembiayaan mikro dalam kalangan usahawan asnaf , di Lembaga Zakat Selangor