Pembiayaan Mikro Dalam Kalangan Usahawan Asnaf Di Lembaga Zakat Selangor (LZS)

dc.contributor.authorIbrahim, Muhammad Anas
dc.date.accessioned2019-03-01T07:44:12Z
dc.date.available2019-03-01T07:44:12Z
dc.date.issued2018-05
dc.description.abstractKajian ini bertujuan untuk menganalisis pembiayaan mikro dalam kalangan usahawan asnaf di Lembaga Zakat Selangor. Pertumbuhan usahawan asnaf semakin memberangsangkan namun kesukaran mendapatkan pembiayaan modal tambahan daripada institusi kewangan di Malaysia merupakan kekangan bagi mereka. Pembiayaan konvensional yang sedia ada berunsurkan ribaserta dikenakan cagaran atau jaminan. Oleh itu, kajian ini mempunyai tiga objektif. Pertama, mengenal pasti pandangan cendekiawan zakat Malaysia terhadap pembiayaan mikro dalam kalangan usahawan asnaf di Lembaga Zakat Selangor (LZS). Kedua, menganalisis kesediaan usahawan asnaf dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) terhadap agihan zakat dalam bentuk pembiayaan mikro. Ketiga, merumuskan mekanisme pelaksanaan pembiayaan mikro kepada usahawan asnaf di Lembaga Zakat Selangor (LZS). Bagi mencapai objektif tersebut, reka bentuk kajian ini adalah kajian kes. Kajian ini menggunakan dua data iaitu data sekunder dan data primer. Data sekunder diperoleh daripada kajian perpustakaan. Data primer pula diperoleh melalui temu bual mendalam di lapangan dengan menggunakan teknik pensampelan bertujuan. Seramai 35 responden temu bual terlibat yang terdiri daripada tokoh agama, ahli akademik, pengamal zakat dan usahawan asnaf. Data tersebut dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Dapatan kajian mempamerkan yang pertama, pembiayaan mikro daripada dana zakat adalah berdasarkan nas al-Qur’an, Hadith dan ahtar. Pembiayaan mikro adalah harus mengikut kepada masalahah dan kaedah fiqh. Kedua, kajian mendapati Lembaga Zakat Selangor dan usahawan asnaf mempunyai kesediaan dalam pembiayaan mikro daripada dana zakat, pengurusan dan tenaga kerja. Ketiga, dapatan kajian mempamerkan mekanisme pelaksanaan pembiayaan mikro daripada dana zakat, pengurusan dan sumber manusia. Hasil kajian ini memberikan dua implikasi utama. Pertama, penekanan terhadap pembiayaan mikro yang bebas daripada unsur riba kepada usahawan asnaf. Kedua, pihak kerajaan mampu membasmi kemiskinan dalam kalangan masyarakat dengan mewujudkan pembiayaan mikro daripada dana zakat.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/7800
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectPembiayaan mikro dalam kalangan usahawan asnafen_US
dc.subjectdi Lembaga Zakat Selangoren_US
dc.titlePembiayaan Mikro Dalam Kalangan Usahawan Asnaf Di Lembaga Zakat Selangor (LZS)en_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: