Kesan Pendekatan Pembelajaran Stem Secara Teradun Terhadap Pencapaian Topik Daya Dan Gerakan Dan Persekitaran Pembelajaran Sains Dalam Kalangan Murid Tingkatan Dua
Loading...
Date
2021-05
Authors
Bahrum, Noor Baizura
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesan pendekatan pembelajaran STEM
secara teradun melalui Modul Pendekatan Pembelajaran STEM Secara Teradun
terhadap pencapaian dalam topik Daya dan Gerakan serta persekitaran pembelajaran
sains dalam kalangan murid Tingkatan Dua. Secara khususnya, kajian ini bertujuan
untuk mengkaji kesan pendekatan pembelajaran STEM secara teradun ke atas dua
kumpulan murid yang melibatkan murid berkebolehan rendah dan murid berkebolehan
sederhana. Kajian ini juga cuba menentukan sama ada kesan pendekatan pembelajaran
STEM secara teradun ke atas ujian pencapaian dan persekitaran pembelajaran sains
adalah lebih tinggi pada murid berkebolehan rendah atau pada murid berkebolehan
sederhana atau sama ada kesannya adalah sama untuk kedua-dua kumpulan. Kajian ini
turut mengkaji sama ada terdapat perbezaan antara konstruk persekitaran pembelajaran
sains iaitu pengalaman peribadi, ketidakpastian, suara kritis, kawalan sepunya dan
perundingan murid terhadap murid berkebolehan rendah dan murid berkebolehan
sederhana. Reka bentuk kajian pra-eksperimen berbentuk ujian pra, ujian pasca dan
ujian pasca lanjutan digunakan dalam kajian ini. Kajian ini turut membincangkan
pembinaan Modul Pendekatan Pembelajaran STEM Secara Teradun berdasarkan reka
bentuk pengajaran Model Kemp yang terdiri daripada sembilan elemen reka bentuk.
Sampel kajian adalah seramai 60 orang murid Tingkatan Dua yang berada di sekolah menengah harian di salah sebuah sekolah di Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.
Ujian Daya dan Gerakan digunakan untuk mengukur pencapaian murid dalam topik
Daya dan Gerakan manakala Soal Selidik Persekitaran Pembelajaran Sains digunakan
untuk mengukur persekitaran pembelajaran sains murid. Hipotesis kajian diuji secara
statistik inferensi menggunakan Ujian T Sampel Berpasangan, Ujian ANCOVA, Ujian
MANCOVA,Ujian ANOVA Pengukuran Berulang dan Ujian MANCOVA
Pengukuran Berulang. Hasil kajian ini mendapati pendekatan pembelajaran STEM
secara teradun adalah berkesan terhadap pencapaian murid berkebolehan rendah iaitu
t = -28.38 dan turut berkesan terhadap murid berkebolehan sederhana iaitu t = -12.32
yang mana nilai ini adalah signifikan pada selang keyakinan 0.05.
Description
Keywords
Education