Kesan Pendekatan Pembelajaran Stem Secara Teradun Terhadap Pencapaian Topik Daya Dan Gerakan Dan Persekitaran Pembelajaran Sains Dalam Kalangan Murid Tingkatan Dua

dc.contributor.authorBahrum, Noor Baizura
dc.date.accessioned2022-04-05T07:54:19Z
dc.date.available2022-04-05T07:54:19Z
dc.date.issued2021-05
dc.description.abstractKajian ini bertujuan untuk mengkaji kesan pendekatan pembelajaran STEM secara teradun melalui Modul Pendekatan Pembelajaran STEM Secara Teradun terhadap pencapaian dalam topik Daya dan Gerakan serta persekitaran pembelajaran sains dalam kalangan murid Tingkatan Dua. Secara khususnya, kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesan pendekatan pembelajaran STEM secara teradun ke atas dua kumpulan murid yang melibatkan murid berkebolehan rendah dan murid berkebolehan sederhana. Kajian ini juga cuba menentukan sama ada kesan pendekatan pembelajaran STEM secara teradun ke atas ujian pencapaian dan persekitaran pembelajaran sains adalah lebih tinggi pada murid berkebolehan rendah atau pada murid berkebolehan sederhana atau sama ada kesannya adalah sama untuk kedua-dua kumpulan. Kajian ini turut mengkaji sama ada terdapat perbezaan antara konstruk persekitaran pembelajaran sains iaitu pengalaman peribadi, ketidakpastian, suara kritis, kawalan sepunya dan perundingan murid terhadap murid berkebolehan rendah dan murid berkebolehan sederhana. Reka bentuk kajian pra-eksperimen berbentuk ujian pra, ujian pasca dan ujian pasca lanjutan digunakan dalam kajian ini. Kajian ini turut membincangkan pembinaan Modul Pendekatan Pembelajaran STEM Secara Teradun berdasarkan reka bentuk pengajaran Model Kemp yang terdiri daripada sembilan elemen reka bentuk. Sampel kajian adalah seramai 60 orang murid Tingkatan Dua yang berada di sekolah menengah harian di salah sebuah sekolah di Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Ujian Daya dan Gerakan digunakan untuk mengukur pencapaian murid dalam topik Daya dan Gerakan manakala Soal Selidik Persekitaran Pembelajaran Sains digunakan untuk mengukur persekitaran pembelajaran sains murid. Hipotesis kajian diuji secara statistik inferensi menggunakan Ujian T Sampel Berpasangan, Ujian ANCOVA, Ujian MANCOVA,Ujian ANOVA Pengukuran Berulang dan Ujian MANCOVA Pengukuran Berulang. Hasil kajian ini mendapati pendekatan pembelajaran STEM secara teradun adalah berkesan terhadap pencapaian murid berkebolehan rendah iaitu t = -28.38 dan turut berkesan terhadap murid berkebolehan sederhana iaitu t = -12.32 yang mana nilai ini adalah signifikan pada selang keyakinan 0.05.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/15041
dc.language.isootheren_US
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectEducationen_US
dc.titleKesan Pendekatan Pembelajaran Stem Secara Teradun Terhadap Pencapaian Topik Daya Dan Gerakan Dan Persekitaran Pembelajaran Sains Dalam Kalangan Murid Tingkatan Duaen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: