Mengkaji Pelaksanaan Sistem Penyampaian Perumahan Bina Kemudian Jual Oleh Pemaju Perumahan : Kajian Kes Sebuah Pemaju Swasta Di Pulau Pinang
Loading...
Date
2010-05
Authors
Noordin, Noorsharijan
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Konsep jual kemudian bina dalam sistem penyampaian perumahan telah
diamalkan oleh para pemaju di Malaysia sejak negara mencapai kemerdekaan.
Walaupun konsep ini telah mendatangkan kemajuan ekonomi kepada negara, namun
timbul masalah seperti projek terbengkalai yang menyebabkan para pembeli terpaksa
menanggung beban hutang dengan membayar pinjaman perumahan setiap bulan
tanpa memperoleh rumah yang dibeli. Untuk mengatasi masalah ini, kerajaan telah
mengambil inisiatif dengan memperkenalkan konsep bina kemudian jual sebagai
konsep alternatif. Konsep ini memerlukan pemaju untuk membina rumah terlebih
dahulu sebelum menjualnya. Sambutan daripada pemaju kurang menggalakkan.
Walau bagaimanapun, segelintir pemaju menyatakan bahawa mereka telah
melaksanakan konsep ini. Tujuan penyelidikan ini adalah untuk menganalisis bentuk
model konsep bina kemudian jual yang dilaksanakan oleh pemaju. Selain itu,
penyelidikan ini mengkaji faktor-faktor yang mendorong pemaju melaksanakan
konsep ini. Satu kajian kes telah dijalankan ke atas sebuah firma pemaju di Pulau
Pinang dengan menggunakan tiga teknik pengumpulan data iaitu temubual,
dokumentasi dan pemerhatian. Dapatan penyelidikan mendapati bentuk konsep bina
kemudian jual yang dijalankan oleh pemaju ini ialah model variasi 10:90 yang
dinamakan Model Variasi 10:90 Pemaju. Beberapa faktor didapati telah mendorong
pemaju melaksanakan konsep ini. Faktor-faktor tersebut ialah ciri-ciri organisasi
(saiz dan struktur organisasi), ciri-ciri pengurusan atasan (tahap pendidikan dan
kesediaan mengambil risiko), sumber tanah (bank tanah), sumber kewangan luaran,
persaingan antara pemaju dalam industri, sokongan luar daripada bank dan
kontraktor, keuntungan dan matlamat firma untuk menjaga reputasi dan nama baik.
Penyelidikan ini juga memperoleh beberapa dapatan lain iaitu kurang kecacatan
bangunan dicatatkan dan LAD yang lebih tinggi dikenakan kepada kontraktor dalam
konsep bina kemudian jual.
Description
Keywords
Mengkaji pelaksanaan sistem Penyampaian perumahan , bina kemudian jual oleh pemaju perumahan