Mengkaji Pelaksanaan Sistem Penyampaian Perumahan Bina Kemudian Jual Oleh Pemaju Perumahan : Kajian Kes Sebuah Pemaju Swasta Di Pulau Pinang
dc.contributor.author | Noordin, Noorsharijan | |
dc.date.accessioned | 2018-06-28T07:18:02Z | |
dc.date.available | 2018-06-28T07:18:02Z | |
dc.date.issued | 2010-05 | |
dc.description.abstract | Konsep jual kemudian bina dalam sistem penyampaian perumahan telah diamalkan oleh para pemaju di Malaysia sejak negara mencapai kemerdekaan. Walaupun konsep ini telah mendatangkan kemajuan ekonomi kepada negara, namun timbul masalah seperti projek terbengkalai yang menyebabkan para pembeli terpaksa menanggung beban hutang dengan membayar pinjaman perumahan setiap bulan tanpa memperoleh rumah yang dibeli. Untuk mengatasi masalah ini, kerajaan telah mengambil inisiatif dengan memperkenalkan konsep bina kemudian jual sebagai konsep alternatif. Konsep ini memerlukan pemaju untuk membina rumah terlebih dahulu sebelum menjualnya. Sambutan daripada pemaju kurang menggalakkan. Walau bagaimanapun, segelintir pemaju menyatakan bahawa mereka telah melaksanakan konsep ini. Tujuan penyelidikan ini adalah untuk menganalisis bentuk model konsep bina kemudian jual yang dilaksanakan oleh pemaju. Selain itu, penyelidikan ini mengkaji faktor-faktor yang mendorong pemaju melaksanakan konsep ini. Satu kajian kes telah dijalankan ke atas sebuah firma pemaju di Pulau Pinang dengan menggunakan tiga teknik pengumpulan data iaitu temubual, dokumentasi dan pemerhatian. Dapatan penyelidikan mendapati bentuk konsep bina kemudian jual yang dijalankan oleh pemaju ini ialah model variasi 10:90 yang dinamakan Model Variasi 10:90 Pemaju. Beberapa faktor didapati telah mendorong pemaju melaksanakan konsep ini. Faktor-faktor tersebut ialah ciri-ciri organisasi (saiz dan struktur organisasi), ciri-ciri pengurusan atasan (tahap pendidikan dan kesediaan mengambil risiko), sumber tanah (bank tanah), sumber kewangan luaran, persaingan antara pemaju dalam industri, sokongan luar daripada bank dan kontraktor, keuntungan dan matlamat firma untuk menjaga reputasi dan nama baik. Penyelidikan ini juga memperoleh beberapa dapatan lain iaitu kurang kecacatan bangunan dicatatkan dan LAD yang lebih tinggi dikenakan kepada kontraktor dalam konsep bina kemudian jual. | en_US |
dc.identifier.uri | http://hdl.handle.net/123456789/5813 | |
dc.publisher | Universiti Sains Malaysia | en_US |
dc.subject | Mengkaji pelaksanaan sistem Penyampaian perumahan | en_US |
dc.subject | bina kemudian jual oleh pemaju perumahan | en_US |
dc.title | Mengkaji Pelaksanaan Sistem Penyampaian Perumahan Bina Kemudian Jual Oleh Pemaju Perumahan : Kajian Kes Sebuah Pemaju Swasta Di Pulau Pinang | en_US |
dc.type | Thesis | en_US |
Files
License bundle
1 - 1 of 1
Loading...
- Name:
- license.txt
- Size:
- 1.71 KB
- Format:
- Item-specific license agreed upon to submission
- Description: