Membanding Kesan Kaedah Lima Fasa Needham, Kaedah Stad Dan Kaedah Konvensional Terhadap Pencapaian, Kemahiran Sosial Dan Minat Murid Dalam Pengajaran Sejarah Tingkatan Empat
Loading...
Date
2010-02
Authors
Muthiah, Malar
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menyiasat kesan penggunaan kaedah Lima Fasa
Needham, kaedah STAD dan kaedah konvensional terhadap pencapaian, kemahiran
sosial dan minat murid terhadap sejarah. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal
pasti sama ada terdapat kesan kekekalan pengetahuan Sejarah, kekekalan kemahiran
sosial, dan kekekalan minat terhadap sejarah selepas pengajaran dengan menggunakan
kaedah Lima Fasa Needham, kaedah STAD dan kaedah konvensional. Kajian ini
menggunakan reka bentuk kuasi eksperimen dan dijalankan selama empat belas
minggu. Sampel kajian ialah 215 orang murid Tingkatan Empat daripada tiga buah
sekolah menengah dari daerah Kulim, Kedah. Ujian pencapaian Sejarah, soal selidik
kemahiran sosial dan soal selidik minat terhadap Sejarah telah digunakan bagi melihat
perubahan pada pemboleh ubah bersandar. Data yang diperoleh telah dianalisis dengan
menggunakan ujian ANOVA satu hala, ujian Post Hoc Tukey, analisis MANOVA
Pengukuran Berulang dan ujian univariate. Kajian ini telah menghasilkan beberapa
dapatan yang menarik. Bagi pencapaian sejarah, kemahiran sosial dan minat terhadap
sejarah Kumpulan Eksperimen 1 menunjukkan peningkatan yang lebih tinggi dan
signifikan berbanding dengan Kumpulan Eksperimen 2 dan Kumpulan Kawalan.Hasil
dapatan MANOVA Pengukuran Berulang dan analisis univariate menunjukkan
Kumpulan Eksperimen 1 mempunyai kekekalan pengetahuan sejarah dan kekekalan
minat terhadap sejarah yang tinggi dan signifikan berbanding dengan Kumpulan
Eksperimen 2 dan Kumpulan Kawalan. Kumpulan Eksperimen 2 memperoleh
kekekalan kemahiran sosial yang lebih tinggi dan signifikan berbanding dengan
Kumpulan Eksperimen 1 dan Kumpulan Kawalan. Kaedah Lima Fasa Needham kaedah
yang mampu mengekalkan pengetahuan dan minat murid terhadap sejarah.
Kesimpulannya, kaedah Lima Fasa Needham dan kaedah STAD boleh digunakan untuk
kekekalan pengetahuan sejarah, kemahiran sosial serta minat terhadap mata pelajaran
Sejarah.
Description
Keywords
Kaedah STAD dan kaedah konvensional terhadap pencapaian , kemahiran sosial dan minat murid terhadap sejarah