Membanding Kesan Kaedah Lima Fasa Needham, Kaedah Stad Dan Kaedah Konvensional Terhadap Pencapaian, Kemahiran Sosial Dan Minat Murid Dalam Pengajaran Sejarah Tingkatan Empat

dc.contributor.authorMuthiah, Malar
dc.date.accessioned2018-06-04T08:03:17Z
dc.date.available2018-06-04T08:03:17Z
dc.date.issued2010-02
dc.description.abstractKajian ini bertujuan untuk menyiasat kesan penggunaan kaedah Lima Fasa Needham, kaedah STAD dan kaedah konvensional terhadap pencapaian, kemahiran sosial dan minat murid terhadap sejarah. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti sama ada terdapat kesan kekekalan pengetahuan Sejarah, kekekalan kemahiran sosial, dan kekekalan minat terhadap sejarah selepas pengajaran dengan menggunakan kaedah Lima Fasa Needham, kaedah STAD dan kaedah konvensional. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuasi eksperimen dan dijalankan selama empat belas minggu. Sampel kajian ialah 215 orang murid Tingkatan Empat daripada tiga buah sekolah menengah dari daerah Kulim, Kedah. Ujian pencapaian Sejarah, soal selidik kemahiran sosial dan soal selidik minat terhadap Sejarah telah digunakan bagi melihat perubahan pada pemboleh ubah bersandar. Data yang diperoleh telah dianalisis dengan menggunakan ujian ANOVA satu hala, ujian Post Hoc Tukey, analisis MANOVA Pengukuran Berulang dan ujian univariate. Kajian ini telah menghasilkan beberapa dapatan yang menarik. Bagi pencapaian sejarah, kemahiran sosial dan minat terhadap sejarah Kumpulan Eksperimen 1 menunjukkan peningkatan yang lebih tinggi dan signifikan berbanding dengan Kumpulan Eksperimen 2 dan Kumpulan Kawalan.Hasil dapatan MANOVA Pengukuran Berulang dan analisis univariate menunjukkan Kumpulan Eksperimen 1 mempunyai kekekalan pengetahuan sejarah dan kekekalan minat terhadap sejarah yang tinggi dan signifikan berbanding dengan Kumpulan Eksperimen 2 dan Kumpulan Kawalan. Kumpulan Eksperimen 2 memperoleh kekekalan kemahiran sosial yang lebih tinggi dan signifikan berbanding dengan Kumpulan Eksperimen 1 dan Kumpulan Kawalan. Kaedah Lima Fasa Needham kaedah yang mampu mengekalkan pengetahuan dan minat murid terhadap sejarah. Kesimpulannya, kaedah Lima Fasa Needham dan kaedah STAD boleh digunakan untuk kekekalan pengetahuan sejarah, kemahiran sosial serta minat terhadap mata pelajaran Sejarah.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/5657
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectKaedah STAD dan kaedah konvensional terhadap pencapaianen_US
dc.subjectkemahiran sosial dan minat murid terhadap sejarahen_US
dc.titleMembanding Kesan Kaedah Lima Fasa Needham, Kaedah Stad Dan Kaedah Konvensional Terhadap Pencapaian, Kemahiran Sosial Dan Minat Murid Dalam Pengajaran Sejarah Tingkatan Empaten_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: