Iranian Efl Learners' Attitude, Preference, And Familiarity With Test Performance On Cbt And Ppt

Loading...
Thumbnail Image
Date
2015-02
Authors
Hosseini, Monirosadat
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesataraan hasil Ujian Pencapaian Komputer (CBT) dan Ujian Pencapaian Pensil dan Kertas (PPT) dengan membandingkan purata skor dua ujian mod terhadap pelajarbahasa Inggeris Pendidikan Jarak Jauh di University Payame Noor di Iran. Kajian juga ingin menyiasat hubungan antara kemungkinan sikap mereka terhadap penggunaan Komputer dalam ujian prestasi CBT dan korelasi di antara kebiasaan penggunaaan komputer dan hasil ujian terhadap CBT. Keutamaan mod ujian diambil kira dan diukur dalam kajian ini. Kajian menggunakan kaedah gabungan kuantitatif dan kualitatif melibatkan 202 orang pelajar Bahasa Inggeris pendidikan jarak jauh dari Tehran Payame Noor University Centre. Kesemua pelajar diberi dua ujian yang setara daripada Buku kursus Bahasa Inggeris, satu dalam mod pensil dan kertas, dan yang selebihnya melalui CBT. Setiap ujian mod mempunyai selang masa empat minggu. Soal Selidik Skala Likert yang mengandungi dua bahagian yang digunakan sebelum kajian dilakukan diberi kepada pelajar.
Description
Keywords
Iranian Efl Learners' Attitude, Preference, And Familiarity , With Test Performance On Cbt And Ppt
Citation