Pengkaryaan Opera Dua Zaman-Hikayat Siboru Deakparujar: Penggabungan Muzik Atonaliti Dan Muzik Batak Toba

Loading...
Thumbnail Image
Date
2013-07
Authors
Batubara, Junita
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Ramai komponis telah mencipta karya muzik dengan melakukan penggabungan muzik Barat dan muzik Timur seperti muzik Hungarian, Rumani, Arab, Barbar, Arab-Persian, Cina, Indonesia dan sebagainya, kerana ingin menghasilkan satu karya cipta muzik yang khas. Terdapat pelbagai cara komponis-komponis melakukan gabungan elemen-elemen muzik Barat dan Timur, seperti menggunakan mod-mod dari muzik Timur, pola ritma, alat-alat muzik tradisional, dan sebagainya. Thesis ini mengkaji pengkaryaan opera melalui penggabungan muzik atonaliti dan muzik Batak Toba. Muzik tradisional Batak Toba merupakan perwakilan dari muzik Indonesia. Tujuan kajian ini adalah untuk mengumpul maklumat-maklumat yang berhubungan dengan penggabungan muzik Barat, dalam hal ini, muzik atonaliti dan muzik Batak Toba dalam sebuah karya opera yang menggunakan orkestra atau iringi oleh orkestra, ensembel instrumental disertai dengan nyanyian koir, solo, duet atau gabungan. Gaya bernyanyi yang digunakan adalah gaya resitatif dan aria.
Description
Keywords
Opera Dua Zaman-Hikayat Siboru Deakparujar , Penggabungan Muzik Atonaliti Dan Muzik Batak Toba
Citation