Pengkaryaan Opera Dua Zaman-Hikayat Siboru Deakparujar: Penggabungan Muzik Atonaliti Dan Muzik Batak Toba

dc.contributor.authorBatubara, Junita
dc.date.accessioned2019-07-22T06:35:53Z
dc.date.available2019-07-22T06:35:53Z
dc.date.issued2013-07
dc.description.abstractRamai komponis telah mencipta karya muzik dengan melakukan penggabungan muzik Barat dan muzik Timur seperti muzik Hungarian, Rumani, Arab, Barbar, Arab-Persian, Cina, Indonesia dan sebagainya, kerana ingin menghasilkan satu karya cipta muzik yang khas. Terdapat pelbagai cara komponis-komponis melakukan gabungan elemen-elemen muzik Barat dan Timur, seperti menggunakan mod-mod dari muzik Timur, pola ritma, alat-alat muzik tradisional, dan sebagainya. Thesis ini mengkaji pengkaryaan opera melalui penggabungan muzik atonaliti dan muzik Batak Toba. Muzik tradisional Batak Toba merupakan perwakilan dari muzik Indonesia. Tujuan kajian ini adalah untuk mengumpul maklumat-maklumat yang berhubungan dengan penggabungan muzik Barat, dalam hal ini, muzik atonaliti dan muzik Batak Toba dalam sebuah karya opera yang menggunakan orkestra atau iringi oleh orkestra, ensembel instrumental disertai dengan nyanyian koir, solo, duet atau gabungan. Gaya bernyanyi yang digunakan adalah gaya resitatif dan aria.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/8525
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectOpera Dua Zaman-Hikayat Siboru Deakparujaren_US
dc.subjectPenggabungan Muzik Atonaliti Dan Muzik Batak Tobaen_US
dc.titlePengkaryaan Opera Dua Zaman-Hikayat Siboru Deakparujar: Penggabungan Muzik Atonaliti Dan Muzik Batak Tobaen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: