Kesan Kaunseling Brief Individu Ke Atas Penghargaan Kendiri Dan Kadar Ponteng Pelajar Ponteng Sekolah

dc.contributor.authorRahimi Che Aman
dc.date.accessioned2022-10-31T07:23:59Z
dc.date.available2022-10-31T07:23:59Z
dc.date.issued2006-06
dc.description.abstractKajian ini bertujuan mengenal pasti kesan penggunaan kaedah kaunseling brief (fokus penyelesaian strategi) dalam kalangan pelajar ponteng sekolah (subjek kajian) terhadap kadar ponteng dan penghargaan kendiri. Kajian ini turut meneroka pandangan guru kaunseling dan subjek tentang perkhidmatan kaunseling, kegiatan ponteng sekolah, penghargaan kendiri dan proses kaunseling. Kajian ini melibatkan pendekatan kajian secara kuantitatif dan kualitatif. Reka bentuk kajian kuasi eksperimen digunakan dalam membandingkan kumpulan kaunseling brief (KKB) dengan kumpulan kaunseling yang menggunakan pendekatan sedia ada (KKPS) dan kumpulan kawalan (KK). Data kuantitatif terdiri daripada kadar ponteng dan penghargaan kendiri (lnventori Penghargaan Kendiri Coopersmith, 1984). Data ini dianalisis menggunakan ANOVA dua-hala ukuran berulang dan korelasi Pearson. Data kualitatif diperoleh secara temu bual separa berstruktur dan melalui proses analisis kandungan. Teknik persampelan pelbagai peringkat digunakan untuk mengenal pasti 90 pelajar (13 hingga 15 tahun) sebagai subjek dalam kajian ini. Mereka dipilih daripada Iapan buah sekolah di Pulau Pinang. Teknik persampelan bertujuan digunakan dalam mengenal pasti 24 subjek daripada ketiga-tiga kumpulan bagi memperoleh data kualitatif. Lapan orang guru kaunseling turut terlibat dalam pemerolehan data kualitatif. Dapatan data kuantitatif menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi ketiga-tiga kumpulan terhadap kadar ponteng [F (2,84)=.48, p=.63] dan penghargaan kendiri [F (2,84)=1.18, p=.31]. Bagaimanapun terdapat perbezaan yang signifikan antara subjek lelaki dengan subjek perempuan terhadap penghargaan kendiri [F(1 ,84)=5.74, p=.02]. Dapatan kajian juga menunjukkan tldak terdapat perhubungan yang signifikan antara kadar ponteng dengan penghargaan kendiri subjek. Analisis terperinci menunjukkan perbezaan yang signifikan dalam tiga kumpulan bagi empat sela masa: fasa sebelum rawatan; fasa semasa rawatan; fasa susulan pertama dan fasa susulan kedua terhadap kadar ponteng dan penghargaan kendiri. Kumpulan kaunseling brief menunjukkan ketekalan penurunan kadar ponteng berbanding kumpulan kaunseling yang menggunakan pendekatan sedia ada dan kumpulan kawalan. Kumpulan kaunseling yang menggunakan pendekatan sedia ada dan kumpulan kawalan pula menunjukkan peningkatan kadar ponteng.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/16491
dc.language.isootheren_US
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectEducationen_US
dc.titleKesan Kaunseling Brief Individu Ke Atas Penghargaan Kendiri Dan Kadar Ponteng Pelajar Ponteng Sekolahen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: