Anime Dan Nilai Masyarakat Jepun : Satu Kajian Analisis Nilai Berdasarkan Naruto Dan Dragonball Gt
Loading...
Date
2005-01
Authors
MAT OMAR, MOHD AMIR
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Konsep kajian yang teperinci mengenai animasi dan komik Jepun merupakan
sesuatu yang semestinya membawa reaksi yang bertentangan dari dua aliran pendapat.
Bagi pandangan sesetengah pihak, kajian sebegini merupakan satu pembaziran masa dan
tenaga, ikutan perasaan dan merupakan percubaan untuk memaksa menseriuskan objek
yang 1idak releven dan sebenarnya 1idak memerlukan perhatian yang sebgitu. Namun,
bagi sesetengah pihak yang berpandangan sebaliknya, keghairahan dalam mengkaji
adalah lebih diutamakan. Di samping itu, golongan pandangan kedua ini berpendapat
bahawa terdapat lebih rahsia tersirat di sebalik kejayaan animasi-animasi dan komik
berbanding dengan apa yang boleh diliha1 dengan mata kasar.
Animasi Jepun, yang dikenali sebagai anime (disebut a-ni-may) telah banyak mewarnai
persada hiburan televisyen. Ke\\Ujudan siri-siri anime seperti Dragonball, Doraemon,
Pokemon, Macross dan Ultraman telah menjadikan anime sebagai satu budaya popular di
Jepun dan juga serata dunia. Kaitan di antara anirne dan komik Jepun, yang dikenali pula
sebagai manga (disebut mang-ga), tidak dapat dinafikan. Kebanyakan anime yang
dihasilkan merupakan adaptasi daripada manga. Anime memikat jutaan penonton di
seluruh dunia dengan gaya persembahan, tempo danjalan cerita yang lebih terperinci dan
kaya dengan nilai seni. Kekuatan siri-siri anime telah mempengaruhi animasi-animasi
kduaran negara lain di mana kepakaran animator-animator dari Jepun dibawa masuk bagi
menjayakan animasi tersebut.
Kajian ini akan meneliti dan cuba menjawab tiga persoalan, iaitu apakah nilai-nilai utama
yang ditekankan dalam anime. apakah nilai-nilai tersirat yang wujud dalam anime dan
sejauh manakah pemaparan nilai-nilai ini menggambarkan realiti sebenar pegangan nilai
masyarakat Jepun. Dengan itu. dua siri anime popular dianalisis iaitu Naruto dan
Dragonball GTo
Description
Keywords
Anime Dan Nilai Masyarakat Jepun , Satu Kajian Analisis Nilai Berdasarkan Naruto Dan Dragonball Gt