Anime Dan Nilai Masyarakat Jepun : Satu Kajian Analisis Nilai Berdasarkan Naruto Dan Dragonball Gt
dc.contributor.author | MAT OMAR, MOHD AMIR | |
dc.date.accessioned | 2016-10-24T03:40:36Z | |
dc.date.available | 2016-10-24T03:40:36Z | |
dc.date.issued | 2005-01 | |
dc.description.abstract | Konsep kajian yang teperinci mengenai animasi dan komik Jepun merupakan sesuatu yang semestinya membawa reaksi yang bertentangan dari dua aliran pendapat. Bagi pandangan sesetengah pihak, kajian sebegini merupakan satu pembaziran masa dan tenaga, ikutan perasaan dan merupakan percubaan untuk memaksa menseriuskan objek yang 1idak releven dan sebenarnya 1idak memerlukan perhatian yang sebgitu. Namun, bagi sesetengah pihak yang berpandangan sebaliknya, keghairahan dalam mengkaji adalah lebih diutamakan. Di samping itu, golongan pandangan kedua ini berpendapat bahawa terdapat lebih rahsia tersirat di sebalik kejayaan animasi-animasi dan komik berbanding dengan apa yang boleh diliha1 dengan mata kasar. Animasi Jepun, yang dikenali sebagai anime (disebut a-ni-may) telah banyak mewarnai persada hiburan televisyen. Ke\\Ujudan siri-siri anime seperti Dragonball, Doraemon, Pokemon, Macross dan Ultraman telah menjadikan anime sebagai satu budaya popular di Jepun dan juga serata dunia. Kaitan di antara anirne dan komik Jepun, yang dikenali pula sebagai manga (disebut mang-ga), tidak dapat dinafikan. Kebanyakan anime yang dihasilkan merupakan adaptasi daripada manga. Anime memikat jutaan penonton di seluruh dunia dengan gaya persembahan, tempo danjalan cerita yang lebih terperinci dan kaya dengan nilai seni. Kekuatan siri-siri anime telah mempengaruhi animasi-animasi kduaran negara lain di mana kepakaran animator-animator dari Jepun dibawa masuk bagi menjayakan animasi tersebut. Kajian ini akan meneliti dan cuba menjawab tiga persoalan, iaitu apakah nilai-nilai utama yang ditekankan dalam anime. apakah nilai-nilai tersirat yang wujud dalam anime dan sejauh manakah pemaparan nilai-nilai ini menggambarkan realiti sebenar pegangan nilai masyarakat Jepun. Dengan itu. dua siri anime popular dianalisis iaitu Naruto dan Dragonball GTo | en_US |
dc.identifier.uri | http://hdl.handle.net/123456789/2815 | |
dc.subject | Anime Dan Nilai Masyarakat Jepun | en_US |
dc.subject | Satu Kajian Analisis Nilai Berdasarkan Naruto Dan Dragonball Gt | en_US |
dc.title | Anime Dan Nilai Masyarakat Jepun : Satu Kajian Analisis Nilai Berdasarkan Naruto Dan Dragonball Gt | en_US |
dc.type | Thesis | en_US |
Files
License bundle
1 - 1 of 1
Loading...
- Name:
- license.txt
- Size:
- 1.71 KB
- Format:
- Item-specific license agreed upon to submission
- Description: