Strategi Dan Pendekatan Pengajaran Pembelajaran Muzik Dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (Tingkatan Dua): Kegunaan Teori Pelbagai Kecerdasan Untuk Memperkembang Kecerdasan Muzikal Dan Mengaktifkan Kecerdasan Lain

Loading...
Thumbnail Image
Date
2011-01
Authors
Toh, Lai Chee
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Teori kecerdasan pelbagai oleh Howard Gardner mengiktiraf kepelbagaian kompetensi dalam kecerdasan manusia, dan mencadangkan lapan haluan potensi yang berbeza untuk berpengetahuan. Seseorang boleh menyelesaikan masalah dan mencipta produk melalui penggunaan bahasa, analisis logik matematik, ilustrasi visual ruang, pengalaman muzikal, penglibatan fizikal, pemahaman interpersonal mengenai orang lain, pengetahuan intrapersonal mengenai diri serta pengalaman dalam dunia semula jadi. Fokus kajian ini merangkumi dua bahagian. Bahagian pertama mengkaji strategi dan pendekatan kecerdasan pelbagai yang diamalkan dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) “Muzik Bunyi-Bunyian” (metodologi yang dipelopori oleh Prof. Tan Sooi Beng) untuk memperkembang kecerdasan pelbagai kanak-kanak; dan mengadaptasinya dalam pembentukan modul untuk P&P muzik Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (Tingkatan Dua). Bahagian kedua mengkaji sama ada lebih ramai pelajar dapat memperkembang kecerdasan muzikal khususnya dan kecerdasan lain pada amnya untuk aspek persepsi estetik, pengalaman muzikal, ekspresi kreatif, dan penghargaan estetik berasaskan modul yang dirancang. Metodologi kajian ini bercorak kualitatif dan digabungkan dengan sedikit elemen kuantitatif, berasaskan pendekatan kajian kes yang dikaji dalam dua fasa. Dalam fasa pertama, satu kajian kes mengenai proses P&P “Muzik Bunyi-Bunyian” dikendalikan. Dalam fasa kedua, kajian kes berganda dikendalikan di tiga buah sekolah di sekitar Pulau Pinang. Kaedah penyelidikan merangkumi permerhatian, peserta pemerhati, temu bual berfokus, dokumentasi video, hasil kerja pelajar, penulisan refleksi pelajar, profil kecerdasan pelajar, dan soal selidik.
Description
Keywords
Strategi dan pendekatan kecerdasan pelbagai yang diamalkan , dalam pengajaran dan pembelajaran “Muzik Bunyi-Bunyian
Citation