Strategi Dan Pendekatan Pengajaran Pembelajaran Muzik Dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (Tingkatan Dua): Kegunaan Teori Pelbagai Kecerdasan Untuk Memperkembang Kecerdasan Muzikal Dan Mengaktifkan Kecerdasan Lain
dc.contributor.author | Toh, Lai Chee | |
dc.date.accessioned | 2018-06-29T01:19:57Z | |
dc.date.available | 2018-06-29T01:19:57Z | |
dc.date.issued | 2011-01 | |
dc.description.abstract | Teori kecerdasan pelbagai oleh Howard Gardner mengiktiraf kepelbagaian kompetensi dalam kecerdasan manusia, dan mencadangkan lapan haluan potensi yang berbeza untuk berpengetahuan. Seseorang boleh menyelesaikan masalah dan mencipta produk melalui penggunaan bahasa, analisis logik matematik, ilustrasi visual ruang, pengalaman muzikal, penglibatan fizikal, pemahaman interpersonal mengenai orang lain, pengetahuan intrapersonal mengenai diri serta pengalaman dalam dunia semula jadi. Fokus kajian ini merangkumi dua bahagian. Bahagian pertama mengkaji strategi dan pendekatan kecerdasan pelbagai yang diamalkan dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) “Muzik Bunyi-Bunyian” (metodologi yang dipelopori oleh Prof. Tan Sooi Beng) untuk memperkembang kecerdasan pelbagai kanak-kanak; dan mengadaptasinya dalam pembentukan modul untuk P&P muzik Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (Tingkatan Dua). Bahagian kedua mengkaji sama ada lebih ramai pelajar dapat memperkembang kecerdasan muzikal khususnya dan kecerdasan lain pada amnya untuk aspek persepsi estetik, pengalaman muzikal, ekspresi kreatif, dan penghargaan estetik berasaskan modul yang dirancang. Metodologi kajian ini bercorak kualitatif dan digabungkan dengan sedikit elemen kuantitatif, berasaskan pendekatan kajian kes yang dikaji dalam dua fasa. Dalam fasa pertama, satu kajian kes mengenai proses P&P “Muzik Bunyi-Bunyian” dikendalikan. Dalam fasa kedua, kajian kes berganda dikendalikan di tiga buah sekolah di sekitar Pulau Pinang. Kaedah penyelidikan merangkumi permerhatian, peserta pemerhati, temu bual berfokus, dokumentasi video, hasil kerja pelajar, penulisan refleksi pelajar, profil kecerdasan pelajar, dan soal selidik. | en_US |
dc.identifier.uri | http://hdl.handle.net/123456789/5818 | |
dc.publisher | Universiti Sains Malaysia | en_US |
dc.subject | Strategi dan pendekatan kecerdasan pelbagai yang diamalkan | en_US |
dc.subject | dalam pengajaran dan pembelajaran “Muzik Bunyi-Bunyian | en_US |
dc.title | Strategi Dan Pendekatan Pengajaran Pembelajaran Muzik Dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (Tingkatan Dua): Kegunaan Teori Pelbagai Kecerdasan Untuk Memperkembang Kecerdasan Muzikal Dan Mengaktifkan Kecerdasan Lain | en_US |
dc.type | Thesis | en_US |
Files
License bundle
1 - 1 of 1
Loading...
- Name:
- license.txt
- Size:
- 1.71 KB
- Format:
- Item-specific license agreed upon to submission
- Description: