Kesan Hubungan Perdagangan Malaysia - Indonesia Era Konfrontasi, 1963-1970
Loading...
Date
2016-02
Authors
Abdullah, Noor Erma
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Tesis ini mengkaji mengenai hubungan perdagangan Malaysia-Indonesia
semasa era konfrontasi, 1963-1970. Konflik mulai timbul setelah penubuhan
Malaysia disuarakan oleh Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia pertama.
Sukarno telah menolak penubuhan Malaysia sehingga mencetuskan konfrontasi
bukan sahaja dalam aspek politik dan ketenteraan malahan ekonomi. Objektif kajian
ini adalah melihat dan menghuraikan hubungan perdagangan semasa konfrontasi dari
aspek ekonomi sama ada rancak berlangsung, terhenti ataupun berkesinambungan.
Selain itu, kajian juga bertujuan melihat pola konfrontasi ekonomi sama ada
menyerupai pola politik dan ketenteraan ataupun mempunyai polanya yang
tersendiri. Akhir sekali tesis ini akan menganalisis kesan konfrontasi yang dialami
oleh kedua-dua buah negara. Selain itu, tesis ini cuba menguji sejauh manakah surat
perintah sekatan perdagangan Komando Tertinggi Operasi Ekonomi (KOTOE) yang
dikeluarkan oleh Sukarno terhadap Malaysia dipatuhi dan bagaimana hubungan
perdagangan antara kedua-dua buah negara? Kajian ini menggunakan kaedah
deskriptif berdasarkan sumber pertama dan kedua yang diperoleh daripada Arkib
Negara Malaysia, Kuala Lumpur; Arsip Nasional Republik Indonesia (ANRI),
Jakarta; Jabatan Perangkaan Malaysia; Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti
Sains Malaysia; Perpustakaan Universiti Malaya dan Perpustakaan Universiti Putra
Malaysia. Dapatan kajian menunjukkan semasa konfrontasi hubungan perdagangan
Malaysia-Indonesia masih lagi berlangsung meskipun dalam skala yang kecil, tidak
pernah terhenti malahan berkesinambungan sebelum, semasa dan selepas
konfrontasi.
Description
Keywords
Hubungan perdagangan , Malaysia-Indonesia semasa era konfrontasi