Kesan Hubungan Perdagangan Malaysia - Indonesia Era Konfrontasi, 1963-1970

dc.contributor.authorAbdullah, Noor Erma
dc.date.accessioned2017-01-20T08:20:29Z
dc.date.available2017-01-20T08:20:29Z
dc.date.issued2016-02
dc.description.abstractTesis ini mengkaji mengenai hubungan perdagangan Malaysia-Indonesia semasa era konfrontasi, 1963-1970. Konflik mulai timbul setelah penubuhan Malaysia disuarakan oleh Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia pertama. Sukarno telah menolak penubuhan Malaysia sehingga mencetuskan konfrontasi bukan sahaja dalam aspek politik dan ketenteraan malahan ekonomi. Objektif kajian ini adalah melihat dan menghuraikan hubungan perdagangan semasa konfrontasi dari aspek ekonomi sama ada rancak berlangsung, terhenti ataupun berkesinambungan. Selain itu, kajian juga bertujuan melihat pola konfrontasi ekonomi sama ada menyerupai pola politik dan ketenteraan ataupun mempunyai polanya yang tersendiri. Akhir sekali tesis ini akan menganalisis kesan konfrontasi yang dialami oleh kedua-dua buah negara. Selain itu, tesis ini cuba menguji sejauh manakah surat perintah sekatan perdagangan Komando Tertinggi Operasi Ekonomi (KOTOE) yang dikeluarkan oleh Sukarno terhadap Malaysia dipatuhi dan bagaimana hubungan perdagangan antara kedua-dua buah negara? Kajian ini menggunakan kaedah deskriptif berdasarkan sumber pertama dan kedua yang diperoleh daripada Arkib Negara Malaysia, Kuala Lumpur; Arsip Nasional Republik Indonesia (ANRI), Jakarta; Jabatan Perangkaan Malaysia; Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia; Perpustakaan Universiti Malaya dan Perpustakaan Universiti Putra Malaysia. Dapatan kajian menunjukkan semasa konfrontasi hubungan perdagangan Malaysia-Indonesia masih lagi berlangsung meskipun dalam skala yang kecil, tidak pernah terhenti malahan berkesinambungan sebelum, semasa dan selepas konfrontasi.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/3524
dc.language.isootheren_US
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectHubungan perdaganganen_US
dc.subjectMalaysia-Indonesia semasa era konfrontasien_US
dc.titleKesan Hubungan Perdagangan Malaysia - Indonesia Era Konfrontasi, 1963-1970en_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: