Determinants of exports in Malaysia: 1970 - 2008
Loading...
Date
2010
Authors
Kim Beoy, Tan
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Kajian ini menyiasat faktor-faktor yang menentukan eksport di Malaysia. Secara
khususnya, kajian ini meneliti peranan pelaburan langsung asing dalam mempromosikan
eksport. Peranan penentu-penentu ekonomi makroekonomi lain termasuk pelaburan
domestik, kadar pertukaran efektif benar dan GDP dunia juga dikaji. Kajian ini
merangkumi data tahunan 1970-2008. Dengan menggunakan ujian akar unit Augmented
Dickey-Fuller data siri mas a yang dikaji itu ditunjuk adalah tidak pegun pada peringkat
paras, tetapi mencapai kepegunan dalam peringkat perbezaan pertama. Keputusan
prosedur kointegrasi Johansen-Juselius dan Vector Error Correction Model (VECM)
telah menunjukkan hubungan positif antara pelaburan langsung asing, pelaburan
domestik dan GDP dunia dengan eksport sama ada dalam jangka pendek atau jangka
panjang. Namun, hubungan yang negatifwujud antara kadar pertukaran efektifbenar dan
eksport. Kajian ini juga memberikan bukti bahawa pelaburan asing dan pelaburan
domestik saling melengkapi dalam mendorong pertumbuhan eksport. Oleh yang
demikian, dasar-dasar yang sama pentingnya dan lebih berseragam harus dilaksanakan
untuk mempromosikan kedua-dua pelaburan langsung asing dan pelaburan domestik.
Selain itu, kadar pertukaran efektif benar merupakan satu instrumen yang berkesan untuk
meningkatkan eksport, maka kadar pertukaran yang stabil dan berkompetitif harus
dikekalkan melalui dasar kewangan yang berkesan.