Determinants of exports in Malaysia: 1970 - 2008

dc.contributor.authorKim Beoy, Tan
dc.date.accessioned2015-05-21T07:57:09Z
dc.date.available2015-05-21T07:57:09Z
dc.date.issued2010
dc.description.abstractKajian ini menyiasat faktor-faktor yang menentukan eksport di Malaysia. Secara khususnya, kajian ini meneliti peranan pelaburan langsung asing dalam mempromosikan eksport. Peranan penentu-penentu ekonomi makroekonomi lain termasuk pelaburan domestik, kadar pertukaran efektif benar dan GDP dunia juga dikaji. Kajian ini merangkumi data tahunan 1970-2008. Dengan menggunakan ujian akar unit Augmented Dickey-Fuller data siri mas a yang dikaji itu ditunjuk adalah tidak pegun pada peringkat paras, tetapi mencapai kepegunan dalam peringkat perbezaan pertama. Keputusan prosedur kointegrasi Johansen-Juselius dan Vector Error Correction Model (VECM) telah menunjukkan hubungan positif antara pelaburan langsung asing, pelaburan domestik dan GDP dunia dengan eksport sama ada dalam jangka pendek atau jangka panjang. Namun, hubungan yang negatifwujud antara kadar pertukaran efektifbenar dan eksport. Kajian ini juga memberikan bukti bahawa pelaburan asing dan pelaburan domestik saling melengkapi dalam mendorong pertumbuhan eksport. Oleh yang demikian, dasar-dasar yang sama pentingnya dan lebih berseragam harus dilaksanakan untuk mempromosikan kedua-dua pelaburan langsung asing dan pelaburan domestik. Selain itu, kadar pertukaran efektif benar merupakan satu instrumen yang berkesan untuk meningkatkan eksport, maka kadar pertukaran yang stabil dan berkompetitif harus dikekalkan melalui dasar kewangan yang berkesan.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/658
dc.language.isoenen_US
dc.titleDeterminants of exports in Malaysia: 1970 - 2008en_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: