Hubungan Antara Persepsi Terhadap Mata Pelajaran Vokasional (MPV) Dan Sokongan Sosial Dengan Determinasi Kendiri Dan Aspirasi Kerjaya Pelajar MPV

Loading...
Thumbnail Image
Date
2016-08
Authors
Velloo, Sohba
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Kajian ini mengkaji tahap determinasi kendiri dan aspirasi kerjaya pelajar MPV. Faktor-faktor yang meramal determinasi kendiri dan aspirasi kerjaya iaitu persepsi terhadap MPV dan sokongan sosial telah dikaji. Sampel kajian terdiri daripada 512 orang pelajar Tingkatan 4 yang mengikuti kelas vokasional di 34 buah sekolah menengah kebangsaan harian di Pulau Pinang. Reka bentuk kajian ini bersifat mod campuran. Data kuantitatif telah dikumpul melalui soal selidik dan dianalisis dengan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 20.0 dan SMART-PLS. Secara spesifiknya, ujian deskriptif, ujian-t, ujian Kruskal-Wallis, analisis path dan statistik regresi telah dijalankan. Data kualitatif pula dikumpul melalui temu bual separa berstruktur dan dianalisis secara tematik. Keputusan kajian menunjukkan bahawa tidak wujud perbezaan signifikan dalam determinasi kendiri (t=1.62, p>0.05) manakala wujud perbezaan signifikan dalam aspirasi kerjaya pelajar MPV (t=3.12, p<0.05) mengikut jantina. Determinasi kendiri ( (2)= 21.45,p<0.05) dan aspirasi kerjaya ( (2)= 35.97, p<0.05) pelajar juga didapati berbeza secara signifikan mengikut bidang MPV yang diikuti. Analisis pekali korelasi seterusnya menunjukkan bahawa determinasi kendiri mempunyai hubungan yang signifikan dengan persepsi terhadap MPV (r=0.33,p<0.05) dan sokongan sosial (r=0.52,p<0.05). Aspirasi kerjaya pula mempunyai hubungan yang signifikan dengan persepsi terhadap MPV (r=0.30, p<0.05), sokongan sosial (r=0.32,p<0.05) dan determinasi kendiri (r=0.26, p<0.05). Keputusan analisis path menunjukkan bahawa persepsi terhadap MPV dan sokongan sosial dapat meramal determinasi kendiri (R2=0.59,p<0.05). Secara keseluruhannya, persepsi pelajar terhadap MPV, sokongan sosial yang diterima dan determinasi kendiri merupakan peramal terhadap aspirasi kerjaya mereka (R2 = 0.60, p<0.05). Dapatan kualitatif didapati menjelaskan keputusan kuantitatif. Faktor diri, faktor kerjaya vokasional dan faktor sosial merupakan tema utama yang mempengaruhi determinasi kendiri dan aspirasi kerjaya pelajar MPV.
Description
Keywords
Mengkaji tahap determinasi kendiri dan , aspirasi kerjaya pelajar MPV.
Citation