Persepsi Pelatih Terhadap Program Pemulihan Di Sekolah Tunas Bakti : Kajian Kes Di Sekolah Tunas Bakti Perak Dan Kuala Lumpur
Loading...
Date
2015-05
Authors
Ismail, Siti Hajar
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk melihat Persepsi pelatih terhadap keberkesanan program
pemulihan di Sekolah Tunas Bakti (STB) dalam Pencegahan remaja delinkuen.
Kajian telah dijalankan di Sekolah STB Taiping Perak dan STB Sg. Besi, Kuala
Lumpur. STB adalah institusi pemulihan yang ditubuhkan di bawah Seksyen 65 (1)
Akta Kanak-Kanak 2001 bagi pemulihan dan jagaan bagi kanak-kanak yang terlibat
dengan jenayah dan kanak- kanak yang tidak terkawal. Di sekolah pemulihan ini,
pelatih-pelatih yang terlibat akan menjalani program pemulihan yang bertujuan untuk
memberi bimbingan dan pendedahan kepada pelatih sebagai persediaan untuk
kembali ke pangkuan masyarakat selain meninjau sikap pelatih terhadap programprogram
pemulihan yang dilaksanakan. Instrumen kajian yang digunakan ialah soal
selidik dan temu bual. Selain itu, temu bual mendalam juga dijalankan kepada staf
seperti pegawai, kaunselor di sekolah terbabit bagi memantapkan penemuan kajian
ini. Kajian in dilakukan ke atas 160 orang pelatih STB yang dipilih melalui
persampelan convinient. Data-data yang diperoleh dianalis dengan bantuan komputer
melalui program SPSS. Penganalisian data ini melibatkan penggunaan statistik
deskriptif untuk mengesan persepsi keberkesanan Sekolah Tunas Bakti melalui
pelatih-pelatih yang terlibat. Kajian yang dijalankan mendapati pelatih di STB
memperoleh ilmu dan pengetahuan dan kemahiran yang baik yang membantu
mereka menjalani program pemulihan. Hasil kajian menunjukkan perlaksanaan
program akademik, vokasional, kokurikulum, keagamaan dan bimbingan dan
kaunseling adalah berkesan. Seterusnya beberapa cadanagn untuk mempertingkatkan
perlaksanaan program dibincangkan.
(kata kunci : Sekolah Tunas Bakti, remaja delinkuen, program akademik, program
vokasional, program kokurikulum, program keagamaan, dan program bimbingan dan
kaunseling).
Description
Keywords
Pelatih , Program Pemulihan