Persepsi Pelatih Terhadap Program Pemulihan Di Sekolah Tunas Bakti : Kajian Kes Di Sekolah Tunas Bakti Perak Dan Kuala Lumpur

dc.contributor.authorIsmail, Siti Hajar
dc.date.accessioned2016-10-24T09:04:59Z
dc.date.available2016-10-24T09:04:59Z
dc.date.issued2015-05
dc.description.abstractKajian ini bertujuan untuk melihat Persepsi pelatih terhadap keberkesanan program pemulihan di Sekolah Tunas Bakti (STB) dalam Pencegahan remaja delinkuen. Kajian telah dijalankan di Sekolah STB Taiping Perak dan STB Sg. Besi, Kuala Lumpur. STB adalah institusi pemulihan yang ditubuhkan di bawah Seksyen 65 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 bagi pemulihan dan jagaan bagi kanak-kanak yang terlibat dengan jenayah dan kanak- kanak yang tidak terkawal. Di sekolah pemulihan ini, pelatih-pelatih yang terlibat akan menjalani program pemulihan yang bertujuan untuk memberi bimbingan dan pendedahan kepada pelatih sebagai persediaan untuk kembali ke pangkuan masyarakat selain meninjau sikap pelatih terhadap programprogram pemulihan yang dilaksanakan. Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik dan temu bual. Selain itu, temu bual mendalam juga dijalankan kepada staf seperti pegawai, kaunselor di sekolah terbabit bagi memantapkan penemuan kajian ini. Kajian in dilakukan ke atas 160 orang pelatih STB yang dipilih melalui persampelan convinient. Data-data yang diperoleh dianalis dengan bantuan komputer melalui program SPSS. Penganalisian data ini melibatkan penggunaan statistik deskriptif untuk mengesan persepsi keberkesanan Sekolah Tunas Bakti melalui pelatih-pelatih yang terlibat. Kajian yang dijalankan mendapati pelatih di STB memperoleh ilmu dan pengetahuan dan kemahiran yang baik yang membantu mereka menjalani program pemulihan. Hasil kajian menunjukkan perlaksanaan program akademik, vokasional, kokurikulum, keagamaan dan bimbingan dan kaunseling adalah berkesan. Seterusnya beberapa cadanagn untuk mempertingkatkan perlaksanaan program dibincangkan. (kata kunci : Sekolah Tunas Bakti, remaja delinkuen, program akademik, program vokasional, program kokurikulum, program keagamaan, dan program bimbingan dan kaunseling).en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/2864
dc.subjectPelatihen_US
dc.subjectProgram Pemulihanen_US
dc.titlePersepsi Pelatih Terhadap Program Pemulihan Di Sekolah Tunas Bakti : Kajian Kes Di Sekolah Tunas Bakti Perak Dan Kuala Lumpuren_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: