Perawatan Air Buangan Penyudah Logam Menggunakan Kaedah Fizik Dan Kimia

Loading...
Thumbnail Image
Date
2007-04
Authors
Najwa Mohd Radzi
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Air buangan penyudah logam yang dikaji bukan sahaja mempunyai kandungan logam berat melebihi had yang ditetapkan oleh Piawai B, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan dan Efluen-Efluen Perindustrian) 1979 malah mempunyai nilai keperluan oksigen kimia (COD) sangat tinggi iaitu melebihi 10,000 mg/L. Dalam kajian ini, proses perawatan air buangan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu penyingkiran logam dan penurunan COD. Untuk bahagian pertama iaitu penyingkiran logam, agen penggumpalan dan pemendakan kimia seperti AI2(S04)3.18H20 (Alum), polialuminium klorida (PAC), CaCI2, CaCI2 bersama NaS03 dan natrium dimetilditiokarbamat (Namet) telah digunakan. Beberapa keadaan operasi seperti pH, dosej bahan kimia dan masa goncangan tindak balas penggumpalan dan pemendakan kimia ini telah dikaji. Setelah keadaan optimum diaplikasikan, semua tindak balas ini berjaya menyingkirkan logam antara 88.0 % hingga 99.0 %. Selepas penyingkiran logam menggunakan bahan penggumpal alum dan PAC, nilai COD masing-masing adalah 650 mg/L dan 900 mg/L. Manakala, selepas penyingkiran logam menggunakan bahan pemendak CaCI2, CaCI2 + NaS03 dan Namet, nilai COD masing-masing adalah 2810 mg/L, 2720 mg/L dan 4060 mg/L. Berdasarkan nilai COD ini, sampel yang dirawat oleh Alum dan PAC digunakan dalam kajian bahagian kedua.
Description
Keywords
Chemistry
Citation