Perawatan Air Buangan Penyudah Logam Menggunakan Kaedah Fizik Dan Kimia

dc.contributor.authorNajwa Mohd Radzi
dc.date.accessioned2022-11-01T01:42:31Z
dc.date.available2022-11-01T01:42:31Z
dc.date.issued2007-04
dc.description.abstractAir buangan penyudah logam yang dikaji bukan sahaja mempunyai kandungan logam berat melebihi had yang ditetapkan oleh Piawai B, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan dan Efluen-Efluen Perindustrian) 1979 malah mempunyai nilai keperluan oksigen kimia (COD) sangat tinggi iaitu melebihi 10,000 mg/L. Dalam kajian ini, proses perawatan air buangan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu penyingkiran logam dan penurunan COD. Untuk bahagian pertama iaitu penyingkiran logam, agen penggumpalan dan pemendakan kimia seperti AI2(S04)3.18H20 (Alum), polialuminium klorida (PAC), CaCI2, CaCI2 bersama NaS03 dan natrium dimetilditiokarbamat (Namet) telah digunakan. Beberapa keadaan operasi seperti pH, dosej bahan kimia dan masa goncangan tindak balas penggumpalan dan pemendakan kimia ini telah dikaji. Setelah keadaan optimum diaplikasikan, semua tindak balas ini berjaya menyingkirkan logam antara 88.0 % hingga 99.0 %. Selepas penyingkiran logam menggunakan bahan penggumpal alum dan PAC, nilai COD masing-masing adalah 650 mg/L dan 900 mg/L. Manakala, selepas penyingkiran logam menggunakan bahan pemendak CaCI2, CaCI2 + NaS03 dan Namet, nilai COD masing-masing adalah 2810 mg/L, 2720 mg/L dan 4060 mg/L. Berdasarkan nilai COD ini, sampel yang dirawat oleh Alum dan PAC digunakan dalam kajian bahagian kedua.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/16503
dc.language.isootheren_US
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectChemistryen_US
dc.titlePerawatan Air Buangan Penyudah Logam Menggunakan Kaedah Fizik Dan Kimiaen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: