Pemikiran Imam Al-Sha`Rāwi Mengenai Konsep Sakiinah Dalam Kekeluargaan Islam: Kajian Surah Al-Nisā

Loading...
Thumbnail Image
Date
2015-03
Authors
Masri, Dedi
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Islam menekankan pembinaan keluarga sakiinah namun institusi keluarga masa kini sering berakhir dengan perceraian. Ini dibuktikan dengan terdapatnya banyak kes yang telah direkodkan. Kajian ini bertujuan untuk membuktikan konsep keluarga sakiinah yang dihasilkan daripada pemikiran Imam al-Sha`rāwi dalam menafsirkan surah al- Nisā’ ayat 1-35. Sakiinah secara umumnya bererti ketenangan, ketenteraman, kedamaian, kasih sayang, kecintaan dan kebahagiaan. Apabila diterapkan dalam sebuah keluarga, sakiinah bererti rasa ketenteraman jiwa, ketenangan hati, kecintaan dan kasih sayang serta kebahagiaan sebuah keluarga. Ia menghasilkan keluarga yang berkualiti. Kajian ini menggunakan metode kajian perpustakaan dengan menganalisis semua data yang berkaitan dengan penyelidikan secara kritikal dan ilmiah berdasarkan kaedah-kaedah analisis seperti kaedah induksi dan deduksi, kaedah analisis kandungan dan analisis wacana. Hasil kajian menunjukkan dalam penafsiran keluarga sakiinah, Imam al-Sha`rāwi lebih menekankan pengembangan kaedah rasionalisasi sosial ('aqliyah ijtimā`iyah). Dalam menafsirkan konsep sakinah, Imam al-Sha`rāwi juga mampu menggabungkan antara metode wahyu, akal, dan realiti sosial sehingga mudah difahami oleh masyarakat. Menurut beliau, pembentukan keluarga sakiinah harus dimulai daripada keluarga calon suami dan keluarga calon isteri yang harus wujud rasa sakiinah, mawaddah dan warrahmah. Sakiinah adalah faktor awal yang terpenting untuk membina sebuah keluarga. Keluarga yang bahagia adalah sebagai sarana pendidik generasi yang unggul, berakhlak mulia, maju dan bermartabat.
Description
Keywords
Imam Al-Sha`Rāwi , Surah Al-Nisā
Citation